[VIDEO] Budak Lelaki Ini Ambil Alih Tugasan Ayah, Bantu Azankan Adik & Tanam Uri
Awak hebat dik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ibu bapa adalah insan yang paling penting dalam hidup kita
Tanpa didikan mereka, tidaklah kita berjaya sehingga ke hari ini. Bersyukurlah jika anda masih mempunyai ibu bapa hari ini kerana ada yang tidak dapat merasa lagi kasih sayang daripada mereka.
Tambahan lagi, jika pemergian ibu bapa berlaku sewaktu kita masih kecil. Pasti perit rasanya. Banyak perkara yang perlu dipelajari sendiri dan lebih berdikari.
Namun, lain pula apabila seorang budak lelaki dilihat membantu mengazankan adiknya semasa ayahnya pergi bekerja telah mendapat perhatian.
Bantu azankan adik dan tolong tanamkan uri
Menerusi video tersebut, difahamkan kejadian berlaku di Indonesia itu memaparkan seorang budak lelaki mengazankan adiknya selepas dia dilahirkan.
Difahamkan, ibu kepada budak itu telah bersalin tanpa suami di sisi kerana si suami sedang bekerja. Malah, tiada ahli keluarga lelaki yang lain untuk membantu mengalunkan azan melainkan budak lelaki itu.
Bukan setakat mengazankan saja, tetapi budak lelaki itu turut dilihat sangat bertanggungjawab dengan menolong keluarganya ketika proses menanam uri.
"Calon ketua pengurus masjid besar amin Ya Allah" - Warganet
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet memuji kecerdikkan budak lelaki berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 32.2M views, 2.7M likes dan 14K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!