seismik

Warga Asing Ambil Minyak Paket, Lelaki Tegur Suruh Letak - "Ini Subsidi Rakyat Malaysia"

Betul lah tu tindakan dia.

Cover image via @jeneralduen (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai rakyat Malaysia, tentunya banyak kemudahan bantuan yang kita dapat daripada kerajaan

Bantuan dari segi kewangan, fasiliti dan banyak lagi. Tidak dinafikan, bantuan-bantuan ini sedikit sebanyak telah meringankan beban kita.

Antaranya adalah bantuan subsidi buat rakyat Malaysia. Namun, di Malaysia ini terlalu ramai warga asing sehinggakan mereka telah menggunakan subsidi yang diperuntukan kerajaan buat rakyat Malaysia.

Baru-baru ini, tular apabila seorang lelaki menegur beberapa orang warga asing yang membeli minyak paket telah mendapat perhatian.

Tegur dan suruh letak balik minyak paket

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki semasa itu sedang berada di sebuah pasar raya. Dia kemudian terlihat beberapa orang warga asing yang mengambil minyak paket subsidi buat rakyat Malaysia.

Melihat kejadian itu, lelaki tersebut kemudian menegur mereka dan menyuruhnya agar meletakkan semula dan memberitahu mereka boleh 'ditangkap'.

"Ini subsidi untuk rakyat Malaysia, kalau tak ada IC pergi angkat minyak botol,"katanya.

"Ni sokong sepatutnya minyak subsidi untuk rakyat Malaysia" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka. Ramai yang memuji tindakan lelaki itu menegur warga asing.

Ketika artikel iniditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 47K likes dan 4,781 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@jeneralduen

subsidi kerajaan utk rkyat msia sahaja!, klau bukan kita sbg rkyt tak pantau, xkn nk harapkn penguatkuasa je yg pantau??

original sound - Duensangaara4

Memang kena ada orang yang tegur kalau tak senang-senang je mereka gunakan bantuan ini :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: