seismik

Datang Nak Bayar Hutang Atuk, Pemuda Santai Borak Mandarin Dengan Aunty Ini Jadi Perhatian

Fasih betul awak.

Cover image via @hidayatnaufal7 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bukan semua orang mampu dan fasih bercakap lebih daripada dua bahasa

Sudah tentu di negara kita, bahasa Melayu adalah sebagai bahasa utama. Selain bahasa Melayu, bahasa Mandarin dan Tamil juga kita pasti sering mendengar. Namun, bukan semua orang memahami dan mampu bercakap dalam bahasa berkenaan. 

Tetapi, lain pula dengan video yang di TikTok ini apabila seorang pemuda yang fasih berbahasa Mandarin telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, pemuda berkenaan dilihat telah pergi ke sebuah kedai runcit seorang aunty Cina untuk membayar lebihan hutang datuknya.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia tidak bercakap dalam bahasa Melayu dengan aunty berkenaan, malah dia menggunakan bahasa Mandarin.

Dia juga dilihat sangat fasih bercakap dalam bahasa itu seperti sudah biasa bercakapnya sebelum ini.

"Belajar 3 tahun Mandarin pun tak tentu lagi pandai" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memuji kefasihannya bercakap dalam bahasa tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 576.5K views, 35.7K likes dan 227 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Jealous betul tengok orang fasih lebih daripada satu bahasa ni :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: