seismik

"Betul Mencabar Aku" - Pak Cik Teksi Terkejut Dengan Kelakuan Penumpang Adik-Beradik Ini

Pak cik ni buat suspen betul!

Cover image via @pcik_azim (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, dengan adanya e-hailing, ia sangat memudahkan perjalanan kita

Bagi anda yang malas untuk memandu dan tidak mahu menaiki kenderaan awam kerana tidak mahu bersesak, pastinya menempah e-hailing adalah pilihan mereka.

Namun, bukan senang sebenarnya pekerja sebagai pemandu ini kerana banyak ragam pelanggan yang perlu dihadap.

Berbeza pula dengan seorang pak cik ini yang menceritakan gelagat dua orang penumpangnya telah mencuri perhatian.

Terpegun dengan perangai penumpang

Menerusi video tersebut, seorang pak cik menceritakan pada waktu itu dia telah menerima pelanggan yang merupakan dua orang adik-beradik berbangsa India.

Mereka kemudian meminta pak cik tersebut untuk berhenti di bank berdekatan kerana tiada wang tunai pada masa itu untuk membayar tambang. Sebaik saja naik kereta, pak cik itu didalam hatinya terkejut dengan kelakuan penumpangnya itu.

"Kau tahu tak dia buat apa, aku geram betul lah, dia duduk punggung dulu lepastu dia ketak kaki dia baru dia angkat kaki dia masuk dalam kereta dia, dalam hati aku cakap tak pernah lagi aku jumpa customer macam dia.

"Akhirnya sampai tempat yang dituju, sampai-sampai dia bayar cash dekat aku lepastu dia keluar. Ini pun satu hal juga, bila dia keluar kau tahu tak dia buat apa? Budak ni betul-betul mencabar keimanan aku. Dia boleh bawa keluar karpet alas kaki aku keluar untuk bersihkan.

"Kau dua beradik memang terbaiklah dik," katanya.

Kesimpulannya, dia berkongsi mereka adalah pelanggan yang terbaik pada tahun 2023 yang dia pernah dapat kerana sifat mereka itu.

Dua beradik ucap terima kasih buat rakyat Malaysia

Oleh kerana video mereka telah viral. Ramai yang mahu melihat siapakah mereka dan akhirnya pak cik berkenaan bertemu mereka semula.

Mereka mengucapkan terima kasih kepada semua netizen yang memuji tindakan mereka itu. Malah, dia memberitahu kunci utama apabila mereka keluar adalah dengan menjaga displin dan kebersihan.

"Abang belum jumpa dengan saya bang kalau naik teksi saya bawa pi car wash" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelabgai reaksi mereka selepas mendengarnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 166.9K views, 7,620 likes dan 786 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Aduhai, ingat ada masalah betul tadi :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: