Pemandu Mercedes EV Didakwa Langgar Lari Pemuda Sebelum Terbakar Di Plaza Tol Wangsa Maju
"Kifarah mungkin" - Warganet.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular di laman aplikasi X, sebuah kereta elektrik Mercedes GLC dirakam terbakar di Plaza Tol Wangsa Maju semalam, 15 Disember
Difahamkan, pemandu kereta terbabit sempat keluar sebelum api naik dengan marak. Namun begitu, tular pula sebuah ciapan seorang lelaki yang sedang mencari pemandu kereta sama.
Sebelum insiden kereta terbakar, pemilik kenderaan tersebut yang merupakan seorang wanita dikatakan telah melanggar lari seorang pemuda adik kepada kawan pemilik akaun X berkenaan.
Melalui rakaman kamera dari sebuah kereta, pemandu wanita berkenaan memandu dengan laju dan melarikan diri selepas melanggar seorang penunggang motosikal sehingga cedera parah.
Menurut sumber terkini, pemandu wanita berkenaan telah menyerah diri ke balai polis berdekatan
Manakala, keadaan mangsa pula dikatakan masih teruk dan sedang menunggu keputusan CT scan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!