seismik

Wanita Bengang Adik Ipar Dapat Hibah RM300K Dari Arwah Suami, Mahu Duit Dikongsi Bersama

Alamak, macam mana tu?

Cover image via The American Institute Of Stress & Fahmie Othman (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah posting di laman Facebook mengenai seorang wanita yang tidak berpuas hati apabila adik iparnya mendapat hibah sebanyak RM300,000 daripada arwah adiknya

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Fahmie Othman yang merupakan seorang ejen insurans, dia berkongsi tangkap layar yang dihantar oleh salah seorang pelanggannya.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila wanita berkenaan menyuarakan rasa bengang selepas adik iparnya menerima hibah RM300,000 daripada arwah adiknya yang telah meninggal empat tahun lepas.

Menurut wanita itu, dia tidak berpuas hati kerana isteri arwah adiknya tidak berkongsi duit yang diterima daripada si mati.

Malah, dia bertanya tentang isu faraid dan mahu duit tersebut dikongsi bersama keluarga dan adik-beradik lain kerana mendakwa RM300,000 adalah satu jumlah yang banyak.

Susulan itu, ejen insurans berkenaan turut memberikan pendapatnya mengenai hibah dan hal agama

"Kalau mcm ni dikire 'Ipar Adalah Maut' jugak ke? Tapi hok bawah ni versi takaful laa abemi buleh sharing. Bila kurang ilmu agama beginilah jadinya.

"Bicara soal harta semua pakat nak jadi ustaz n ustazah jadian. Gelap mata, busuk hati. Sampai hibah pun nak kena faraid. Jahilnya kita ni," katanya.

Lihat posting penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: