Pembaca Berita Rupanya Kenalan Arwah, Tahan Sebak Baca Kronologi Penemuan Mayat Nur Farah
Tak sangka macam itu pengakhirannya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penyampai Berita RTM iaitu Anas Farihin yang juga merupakan sahabat arwah Nur Farah Kartini menahan sebak ketika membaca berita penemuan mayat mangsa
"Ini kali pertama aku menyampaikan berita di mana tahap professionalku betul-betul tercabar. Waktu ni emosi ini perlu dijaga, ekspresi ini perlu dikawal, sebak didada perlu ditahan.
"Faa ini baik orangnya, santun budi pekertinya, wajahnya tak lekang dengan senyuman dan kerjanya dan dedikasinya sentiasa diutamakan.
"Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah," tulisnya.
Satu Malaysia berduka dengan berita penemuan mayat wanita yang dilaporkan hilang pada Rabu lalu, Nur Farah Kartini Abdullah, 25 yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit, Kampung Seri Kledang, Hulu Selangor
Terdahulu, difahamkan Nur Farah Kartini dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sebelum ditemui maut pada jam 6 petang semalam, 15 Julai 2024 dipercayai dibunuh oleh individu yang dikenalinya.
Menurut laporan Sinar Harian, suspek merupakan seorang anggota polis yang sudah lima tahun berkhidmat di Perak dan telah ditahan pihak polis.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
Menurutnya, semasa siasatan dijalankan, anggota berkenaan yang dipercayai teman lelaki mangsa telah pun menunjukkan lokasi di mana berlakunya kejadian.
Innalillahiwainnailaihirajiun. Semoga Allahyarhamah Nur Farah Kartini ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!