seismik

Suspek Kes Pembunuhan Farah Kartini Adalah Seorang Anggota Polis

Mayat mangsa ditemui di ladang sawit di Kampung Sri Kledang.

Cover image via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kes mengenai bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, menjadi perhatian umum selepas dia ditemui meninggal dunia akibat dibunuh

Menurut laporan, polis Perak mengesahkan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan Nur Farah Kartini.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata suspek berusia 26 tahun itu adalah anggota berpangkat lans koperal di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut beliau, kes mengenai kehilangan dan pembunuhan Nur Farah Kartini pada asalnya disiasat oleh Kontinjen Perak di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP) Orang Hilang, sebelum diserahkan kepada Polis Kontinjen Selangor.

Image via Harian Metro

"Kita sahkan bahawa subjek yang melakukan kes ini setakat yang disiasat oleh KEP Orang Hilang tadi itu, diperlakukan oleh seorang anggota daripada Balai Polis Slim River, dan (untuk itu) pasukan siasatan daripada Polis Daerah Muallim sudah menjalankan siasatan berasaskan KEP Orang Hilang itu.

"Dan beliau (subjek) sudah pun menunjukkan tempat di mana berlakunya kejadian (penemuan mayat), dan apabila kita semak tempat berlaku kejadian terbabit adalah di Selangor," katanya.

Difahamkan, Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Image via Harian Metro

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: