seismik

Anak Muda Ini Kutip RM1 Juta Dalam Masa Kurang Setahun Selepas Tubuhkan 'Hipster Pomade'

Amir Syakireen Ramli merupakan seorang ahli geologi sebelum berhenti kerja.

Cover image via Hipster Pomade

Anak muda Malaysia ini menjadi sebutan ramai sejak dia perkenalkan satu produk untuk tembusi pasaran dandanan lelaki dua tahun lepas

Image via Amir Syakireen

Amir Syakireen Ramli merupakan graduan dalam bidang geologi dari University of Canterbury di New Zealand. Selepas tamat pengajian, Amir bekerja sebagai ahli geologi di syarikat oil and gas gergasi.

Namun begitu, beliau memutuskan untuk berhenti kerja selepas lima tahun dan tinggalkan gaji selesa bagi menubuhkan Hipster Pomade, yang menjual produk dandanan lelaki.

Image via Amir Syakireen

Keputusan jejaka berusia 29 tahun itu untuk memulakan perniagaan tercetus selepas dia menyedari pekerjaannya memerlukan jangka waktu yang panjang untuk beliau berada di luar negara. Disebabkan itu juga, beliau tidak dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Bercakap kepada Utusan, Amir memberitahu pernah sekali anaknya menangis kerana tidak mengenali dirinya setelah pulang dari luar negara.

"Sejak daripada itu, saya tekad mencuba bidang lain,” jelasnya.

Semuanya bermula pada Hari Raya 2015 apabila sepupunya membawa pulang pomade ke kampung halaman di Gombak

Image via Amir Syakireen

Amir mencubannya sendiri dan merasakan ia satu produk yang menakjubkan. Bermula dari situ, beliau menyedari bahawa terdapat potensi besar untuk produk itu di kalangan penduduk tempatan.

"Saya tanamkan hasrat mencari formula terbaik untuk produk ini yang berasaskan air, mudah untuk dibawa sembahyang, serta murah berbanding jenama pomade lain di pasaran," kata Amir.

Image via Amir Syakireen

Difahamkan juga, Amir sememangnya memaparkan semangat keusahawanan sejak kecil. Masa di sekolah rendah, dia akan membeli makanan ringan secara pukal untuk dapatkan harga murah. Kemudian, dia akan menjualnya kepada kawan-kawan di sekolah semata-mata untuk dapatkan duit poket tambahan RM1 hingga RM2.

Berbekalkan semangat dan tekad, anak kelahiran Negeri Sembilan itu melancarkan Hipster Pomade bermodalkan hanya RM15,000.

Tak sampai setahun, Amir berjaya membuat kutipan RM1 juta!

Image via Hipster Pomade

Amir "mengorek" RM15,000 daripada tabung simpanan selama bekerja dan laburkan sebagai modal untuk menghasilkan produk permulaan serta mendaftarkannya ke Kementerian Kesihatan.

Pada peringkat permulaan, Hipster Pomade hanya hadir dalam dua varian haruman iaitu epal dan vanila namun jenama ini begitu pantas meraih populariti di kalangan lelaki tempatan.

Melalui kerja keras, Amir berjaya mengembangkan empayar Hipster Pomade menjadi satu jenama terkenal dalam tempoh masa yang singkat

Image via Hipster Pomade

Walaupun bagaimanapun, perjalanan selama setahun bukan semuanya indah. Melalui satu perkongsian di Facebook, Amir menceritakan detik gelap sepanjang bergelar sebagai seorang usahawan.

"Ramai hanya tahu cerita gembira. Tapi tak ramai tahu cerita gelap tentang pengasas sesebuah syarikat. Saya sendiri mengalami hampir kesemuanya; angkat kotak produk dalam hujan smpai basah, rasa nak give up, rasa tertekan, kena perli dengan kawan-kawan, kena yakinkan bini dan ahli keluarga, tak cukup duit," tulisnya.

Perniagaan Hipster Pomade terus maju dan semakin berkembang pesat selama hampir dua tahun. Kini, lebih daripada 30,000 unit pomade terjual setiap bulan!

Image via Hipster Pomade

Amir berkata, sehingga kini Hipster Pomade mempunyai lebih daripada 15 stokis dan 1,200 agen di seluruh negara dan ia terus berkembang dari masa ke masa.

Hipster Pomade bukan lagi satu perniagaan online. Produk-produknya kini boleh dibeli di kedai runcit offline seperti farmasi dan toko jamu.
Malah, Hipster Pomade juga mempunyai kiosk tersendiri di IOI City Mall di Putrajaya.

Image via Hipster Pomade

Selain Malaysia, produk Hipster Pomade juga boleh didapati di negara lain seperti Singapura, Brunei, dan Mesir.

Amir menyifatkan kejayaan Hipster Pomade ini adalah hasil usaha pasukannya dalam membina brand image yang kuat dan berpengaruh

Image via Hipster Pomade

Amir mendedahkan dia membeli papan bilboard di lebuh raya sebanyak 27 lokasi berbeza.

“Ia adalah salah satu cara untuk memastikan penjenamaan dan promosi dijalankan dengan lebih baik dan seterusnya mengukuhkan jenama Pomade Hipster di pasaran,” jelas Amir.

Selain itu, jenama ini juga menggunakan selebriti popular bagi mempromosikan lagi produk seperti Bintang Paling Popular BH, Fattah Amin. Baru-baru ini, produk terbaru dari Hipster Pomade yang dipanggil 'Extreme' dipaparkan bersama pelakon tempatan Hairul Azreen, yang juga pemenang 'Fear Factor Selebriti Malaysia'.

Image via Hipster Pomade

Usahawan muda ini juga tidak takut meneroka bidang kreatif untuk terus membina imej jenama produk, seperti mewujudkan 'Hipster Pomade TV' di YouTube dan membangunkan permainan mudah alih.

Hipster Pomade juga berjaya memperoleh pensijilan halal dari JAKIM baru-baru ini yang amat penting bagi pengguna Islam.

Hipster Pomade kini menawarkan lebih daripada sekadar pomade dengan mewujudkan pelbagai aksesori dan juga barangan khas

Image via Hipster Pomade

Kejayaan Hipster Pomade mencapai tahap yang lebih tinggi apabila Amir menerima anugerah di 'Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2017' pada April lalu.

Melangkah ke hadapan, Amir bercadang untuk bekerjasama dengan pelbagai entiti untuk membangunkan perniagaannya dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna. 

Image via Amir Syakireen

Semoga terus sukses Amir dan Hipster Pomade!

Image via Amir Syakireen

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Yang ini lain pula ceritanya:

You may be interested in: