Jenama Kosmetik Tempatan Ini Dituduh Ciplak 99% Konsep Sephora Dan Jual Produk Tiruan
Hanya di Kota Bharu, Kelantan.
Kalau sebelum ini ada berita mengenai donUT Scarves yang didakwa meniru dUCk Scarves, kini ada cerita terbaru pula
Perkenalkan SEFARRA!
Sejak beberapa hari, jenama produk kosmetik tempatan Sefarra menjadi sebutan orang ramai. Maklumlah, wanita dan make up memang tak dapat dipisahkan, apatah lagi bila ada satu jenama baru dilancarkan. Masing-masing berpusu-pusu untuk menjadi yang pertama membeli dan mencuba.
Butik Sefarra telah dilancarkan dan dibuka pada 18 Oktober lalu di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Turut hadir pada majlis tersebut adalah selebriti Nur Sajat, Hanez Suraya, Khairul Fahmi Che Mat, Ferra Rossa, MUA Farbhin, dan ramai lagi.
Namun, ada satu lagi perkara yang menjadi main talking point untuk produk ini iaitu namanya yang seakan-akan sama dengan butik kosmetik terkemuka SEPHORA
Well, obviously.
Bukan setakat nama je yang lebih kurang sama, warna tema yang dipakai juga sama iaitu hitam dan putih. Selain itu, product packaging untuk kedua-dua jenama ini turut diilham dari konsep yang serupa.
Boleh tengok gambar kat bawah ni:
Sama kan?
Malah, ada juga yang berkata minyak wangi Sefarra meniru konsep dan design botol yang sama dengan Chanel mini perfume.
Ilustrasi pun tak ada bezanya.
Sesetengah netizen menyifatkan bahawa penjenamaan Sefarra adalah sesuatu yang tidak patut dibiarkan serta memalukan
Namun begitu, ramai juga menganggap pembukaan butik Sefarra adalah satu langkah yang bagus
Memandangkan tidak banyak butik kecantikan di Kelantan, Sefarra ternyata membantu penggemar barangan kosmetik di sana untuk pergi dan dapatkan hands on sendiri dengan produk-produk yang dijual.
Harganya juga dikatakan sangat berpatutan.
Butik Sefarra banyak menjual barangan make up dari MUA terkenal tempatan seperti Alha Alfa, Ferra Rossa, Nuex Rosli, Najeeb Azmi, dan lain-lain
Produk-produk tempatan seperti ini harus diakui memang susah nak dapat di kedai-kedai kosmetik lain. Kelainan yang dibawa oleh Sefarra ini ternyata mendapat pujian dari orang ramai.
Pada masa yang sama, Sefarra turut menyumbang pendapatan kepada MUA tempatan yang telah lama berkecimpung dalam bidang kecantikan.
Kalau nak tahu, Sefarra diasaskan oleh seorang usahawan bernama Farra Fareez yang turut memiliki perniagaan Farra Beauty
Farra dalam satu kenyataan di Facebook meluahkan rasa syukur dan menganggap kuasa viral dan kritikan orang ramai terhadap jenama ini mampu menjadi pembakar semangat untuk dia terus maju ke hadapan.
"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang hadir pada majlis pembukaan dan perasmian Sefarra. Saya sangat terharu di atas sokongan anda semua, lebih terharu lagi bila ada rakan-rakan jauh yang sanggup turun ke kelantan.
"Ujian yang melanda lebih menjadi pembakar semangat buat saya untuk lebih maju lagi ke hadapan. Inilah yang dikatakan di sebalik ujian itu ada hikmahnya dan sebetulnya rezeki tidak pernah salah alamat," tulis Farra.