Pegawai DBKL Datang Bincang Kutipan Sewa Rumah RM124 Sebulan Tapi ‘Dimaki’ Penghuni Flat
Akak tu memang tak nak dengar langsung ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, tiada benda atau barang yang percuma di muka bumi ini
Kepada orang yang menyewa rumah, sudah pasti akan membayar harga sewa secara bulanan. Begitu juga dengan barang apa pun, kita memerlukan duit untuk membelinya.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X yang memaparkan pergaduhan antara seorang wanita dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pihak DBKL datang nak bincang tapi dimaki pula
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat dua orang pegawai DBKL datang ke rumah wanita itu untuk membincangkan sesuatu.
Namun, wanita itu dilihat marah-marah dan maki balik pegawai yang datang. Pegawai DBKL datang hanya nak memberitahu kadar sewa bulanan rumah berjumlah RM124 dan ingin menanyakan sekiranya wanita itu memerlukan bantuan.
Walau bagaimanpun, usaha murni pegawai itu dilihat sia-sia apabila wanita cuba maki dan tidak memberi peluang untuk mereka bercakap.
Wanita itu membalas dia tiada wang dan suaminya sedang sakit dengan nada yang seakan-akan marah pegawai itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!