seismik

Owner Kesal Tanggung Kerugian Rumah Rosak Teruk Lepas Disewakan - "Penyewa Dari Neraka"

Suka hati dia je buat macam rumah sendiri.

Cover image via @nxrhisyxm_ (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, ramai yang membeli hartanah untuk dijadikan aset

Namun, di sebalik kemanisan mempunyai aset sendiri, ada juga kepahitan yang perlu dihadapi apabila tuan rumah memutuskan untuk menyewakan rumah baru mereka. 

Baru-baru ini, tular sebuah posting yang menunjukkan seorang lelaki dilihat meluahkan perasaan kecewa dan sedih apabila rumah baru yang disewakan habis rosak. 

Image via @nxrhisyxm_ (X)

Interior rumah baru habis dirosakkan oleh penyewa

Pemilik rumah tak pernah menyewakan rumah sebelum ini. Rumah tersebut merupakan kali pertama disewakan kepada pasangan suami isteri yang mempunyai dua orang anak.

"Rumah aku ni tak pernah duduk dia orang pertama rasmi, setelah 1 tahun lebih bagi sewa last 3 bulan dia tak bayar sewa", tulisnya.

Lelaki itu juga mengadu bil elektrik mencecah sehingga RM2,000. Bil air pula mencecah RM500. Pemilik rumah pelik kerana isi rumah tak ramai dan sepatutnya bil tak akan jadi tinggi. 

Image via @nxrhisyxm_ (X)
Image via @nxrhisyxm_ (X)

Hancur semua rumah macam bukan rumah baru

"Mula-mula nak masuk rumah hati aku dah tak sedap, sebelum ini dia letak tulisan bismillah kat situ aku ingat dia guna wall plug tapi sayang dia guna paku je mat, habis rosak simen tu" tulisnya.

Penyewa juga menebuk dinding di rumah padahal rumah berkenaan masih dalam warranty pemaju. Malah, rumah itu juga dicat warna kuning. 

Image via @nxrhisyxm_ (X)
Image via @nxrhisyxm_ (X)
Image via @nxrhisyxm_ (X)
Image via @nxrhisyxm_ (X)
Image via @nxrhisyxm_ (X)

Lihat posting itu di bawah:

Kesian rumah baru jadi macam tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: