x

seismik

Penghormatan Buat 'Frontliners' Malaysia, EJEN ALI Bakal Muncul Dalam MISI: JUANG

Menerusi saluran YouTube rasmi EJEN ALI pada 25 Disember 2020 ini, jam 9.45 malam.

Cover image via Ejen Ali (Facebook)

Berikutan kejayaan kempen EJEN ALI #KitaJagaKita, Primeworks Studios dan WAU Animation bergabung sekali lagi menerbitkan filem pendek pertama EJEN ALI berjudul MISI: JUANG

Ianya akan dilancarkan pada 25 Disember 2020 ini, jam 9.45 malam menerusi saluran YouTube rasmi EJEN ALI.

Berteraskan semangat Kita Jaga Kita yang sama, MISI: JUANG didedikasikan khas untuk petugas barisan hadapan, sebagai penghargaan atas kecekalan dan keberanian mereka dalam memerangi penularan pandemik Covid-19.

MISI: JUANG menampilkan usaha Ejen MATA dan rakyat yang bergabung bersama-sama petugas barisan hadapan di medan perang melawan angkatan tentera Covid-19 yang mengancam nyawa.

Tonton trailer rasmi EJEN ALI berjudul MISI: JUANG di bawah:

Setiap hari petugas barisan hadapan kita berada di medan perang, melawan musuh yang tidak dapat dilihat

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation Usamah Zaid Yasin, dengan peningkatan jumlah kes positif setiap hari, pihaknya menyeru semua ejen di luar sana turut serta dengan MISI: JUANG menzahirkan rasa terima kasih dan menunjukkan penghargaan atas usaha dan pengorbanan mereka agar sentiasa berwaspada, mempraktikkan dan mengikuti protokol keselamatan supaya bersama-sama memastikan pengorbanan barisan hadapan tidak sia-sia.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Datuk Khairul Anwar Salleh pula berkata, kita kini diuji dengan pelbagai rentetan peristiwa, cabaran dan dugaan yang luar biasa di tahun 2020.

"Namun kami berharap keadaan kembali pulih seperti sediakala pada tahun hadapan dan sejajar dengan kehidupan norma baru, kami ingin memperkenalkan rangkaian baru barangan EJEN ALI yang akan berada di pasaran bermula Januari 2021.

"Antaranya adalah cecair pembasmi kuman hasil kerjasama dengan Carrie Bacbuster dan pelitup muka pelbagai corak," katanya.

Barisan barangan baru ini melengkapkan lagi koleksi barangan sebelum ini iaitu set papan permainan MISI: BOOT CAMP, kad permainan MISI: ALLIANCE dan komik SIDE MISSION yang boleh dimanfaatkan bersama keluarga di waktu lapang di rumah.

Buat peminat filem animasi EJEN ALI THE MOVIE pula, filem ini akan ditayangkan di TV3 pada 25 Disember ini, jam 10 malam

Ianya sebagai sebahagian daripada program istimewa sempena sambutan cuti perayaan dan menariknya, filem ini dialih bahasa ke Bahasa Inggeris.

Untuk maklumat terkini mengenai EJEN ALI , sila layari platform YouTubeFacebookInstagram dan Twitter.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik