seismik

Penyelidik Ini Dakwa Individu Yang Suka Makan Telur Berdepan Risiko Untuk Mati Lebih Awal

Separuh biji telur mampu meningkatkan risiko kematian sebanyak tujuh peratus.

Cover image via @acaiijawe (Twitter) & RASA

Sekumpulan penyelidik dari China mendakwa pengambilan telur sama ada secara direbus atau digoreng mampu mengancam kesihatan malah jika makan berlebihan boleh meningkatkan risiko kematian

Menerusi sumber, hasil kajian para penyelidik itu mendapati mengambil separuh biji telur mampu meningkatkan risiko kematian sebanyak tujuh peratus.

Pengambilan sebiji telur sehari mempunyai 14 peratus risiko kematian lebih tinggi berbanding individu yang mengelak makanan itu.

Malah, penyelidik China yang mengetuai kajian itu juga percaya tahap lemak dan kolesterol yang tinggi dalam telur menjadi antara puncanya.

Mereka memberi amaran bahawa orang ramai harus makan bahagian putih telur atau beralih kepada pengganti makanan lebih sihat yang mampu menurunkan risiko kematian.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The List

Seramai 129,328 orang yang mengisi borang tinjauan asal sudah meninggal dunia

Para penyelidik turut melakukan tinjauan terhadap lebih setengah juta rakyat Amerika Syarikat (AS) antara tahun 1995 dan 1996 serta mengikuti perkembangan mereka selama 16 tahun.

Berdasarkan data dari kajian itu yang disiarkan dalam jurnal PLOS ONE juga menunjukkan seramai 129,328 orang yang mengisi borang tinjauan asal sudah meninggal dunia.

Menurut Pengarang bersama Profesor Yu Zhang dari Universiti Zhejiang, menerusi kajian berkenaan, pengambilan telur dan kolesterol dikaitkan dengan hampir semua penyebab seperti penyakit kardiovaskular serta kematian akibat kanser.

Selain itu, penyelidik juga mendapati peserta yang mengambil 300 miligram kolesterol tambahan sehari dilaporkan 19 peratus lebih berisiko untuk meninggal dunia dalam tempoh 16 tahun akan datang.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Atlantic

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: