seismik

Sengsara Telan 915 Keping Syiling Karat, Akhirnya Omsin Terkorban

Terkorban akibat manusia, alahai kasihan.

Cover image via SAYS via Reuters

Omsin, seekor penyu betina yang mendapat perhatian dunia pada awal bulan Mac lalu telah mati semalam

Image via ChannelNewsAsia

Omsin ataupun dikenali dengan nama panggilannya sebagai Piggy Bank ini merupakan seekor penyu yang berusia 25 tahun dari Thailand. Pada awal bulan Mac, Omsin telah pun menelan syiling seberat 5 kilogram yang dibaling ke dalam kolamnya.

Menurut laporan, beberapa warga Thai percaya membaling syiling kepada penyu akan membawa umur yang panjang. Duit syiling yang ditelannya itu membentuk seperti bola di dalam perutnya.

Bola syiling itu menyebabkan kerekahan pada kulit penyu serta mengakibatkan jangkitan kepada organ dalaman yang mengancam nyawanya.

Akibat dari insiden itu, lima pakar bedah daripada fakulti veterinar Universiti Chulalongkorn mengambil masa empat jam bagi mengeluarkan syiling dari perut Omsin.

Syiling itu dikeluarkan sedikit demi sedikit melalui potongan 4 sentimeter, ini kerana saiz bola syiling itu terlalu besar untuk dikeluarkan sekaligus.

Menurut laporan doktor, kebanyakan syiling itu sudah berkarat atau hampir larut

Dua minggu selepas pembedahan itu berakhir, Omsin telah dijaga rapi oleh kakitangan hospital.

Dr Nantarika Chansue, seorang pakar saintis dan veterinar telah mengemaskini laporan Omsin di laman Facebooknya. Setiap perkongsian yang dimuatnaik olehnya memberitahu peningkatan positif tentang Omsin.

"Omsin juga dibawa ke sebuah kolam kanak-kanak yang bersaiz kecil di Pusat Penyelidikan Perubatan Veterinar Haiwan Akuatik di Bangkok, untuk mendapatkan terapi fizikal bagi kaki dan tangannya berfungsi seperti biasa. Bebas dari berat bola syiling itu, Omsin dapat berenang semula," jelas Nantarika.

"Dia kelihatan lebih kuat dan bersemangat, saya gembira dapat melihat dan mengikuti prestasinya," Nantarika berkongsi lagi.

Image via Washington Post

Dikatakan, Omsin telah mati akibat keracunan di dalam saluran darahnya

Image via fbcdn.net

Pada hari Jumaat, selepas berakhirnya diet Omsin, kini ia boleh kembali mengambil makanan pepejal seperti biasa.

Pakar doktor juga telah membincangkan untuk membebasnya ke habitatnya semula. Namun pada hari Sabtu, keadaan Omsin kembali merosot.

"Nampaknya seperti Omsin agak tertekan dan tidak selesa dengan terapi yang perlu dihadapinya, saya dan doktor yang lain juga dapat lihat bahawa ususnya telah berlubang dan terbelit," jelas Nantarika menerusi laman Facebooknya.

Malam Ahad itu Omsin digegaskan ke dalam bilik pembedahan untuk membuka belitan ususnya dan memberi ubat tahan sakit kepadanya.

Selepas pembedahan itu, Omsin tidak sedar dan masih dalam keadaan koma

Image via ChannelNewsAsia

Pada hari Selasa, 10 pagi, Omsin telah diumumkan mati. Nantarika berkata, "Omsin merupakan rakan, guru dan pesakit saya. Dia telah banyak mengajar saya dan memberi saya harapan."

"Saya rela atas pemergiannya dan saya amat gembira dapat membantunya, walaupun dia telah pergi dari dunia ini. Dia berpeluang untuk berenang dengan bebas sebelum pemergiannya," kata Nantarika.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lihatlah apa yang telah berlaku dengan pantai ini, semuanya kerana manusia:

You may be interested in: