seismik

PERHATIAN: Hentikan Vandalisme Terhadap Pemilik Kereta MyVi

Ramai pemilik kereta MyVi kini takut untuk memandu kereta tersebut kerana gentar dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Cover image via imgur.com

Rata-rata kita dengar atau melihat rakyat Malaysia sering mengambil tindakan sendiri apabila berhadapan dengan masalah seperti kes road bully atau kes penjenayah dibelasah penduduk setempat

Baru-baru ini terdapat satu lagi kes dimana pemilik kereta MyVi menjadi mangsa apabila sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab bertindak merosakkan kereta MyVi milik mereka

Image via blogspot.com
Image via blogspot.com
Image via blogspot.com

Semuanya disebabkan oleh kemarahan orang ramai terhadap kes penglibatan sekumpulan pemilik kereta MyVi yang menyebabkan kemalangan di Lebuhraya DUKE yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka

Image via Astro Awani

Meskipun begitu, orang ramai perlu memahami bahawa tindakan merosakkan kereta MyVi merupakan satu tindakan yang tidak munasabah. Ia kerana pemilik kereta tersebut tidak terlibat langsung dalam kemalangan itu!

Kereta MyVi salah seorang daripada mangsa pembuatan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Image via Facebook Siakap Keli

Pemilik kereta MyVi kini menjadi takut untuk memiliki kereta itu kerana gentar akan menjadi mangsa keganasan sesetengah pihak. Ada juga pemilik kereta MyVi yang berasa terpaksa untuk menukar nama kereta mereka.

Jadi, kami menyeru kepada anda untuk SEBARKAN isu ini kerana tindakan merosakkan harta benda adalah salah dan tidak membawa kepada apa jua faedah. KONGSI supaya tiada lagi pemilik kereta MyVi yang akan menjadi mangsa keadaan.

Image via blogspot.com

Laporan penuh kemalangan jalan raya di Lebuhraya Duta–Ulu Klang Expressway (DUKE) DI SINI:

You may be interested in: