seismik

Nanti Dulu! Anda Kena Tahu 5 Perkara Ini Sebelum Beli Pas Tanpa Had AirAsia Bernilai RM499

Jangan mudah terpengaruh kerana banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli pas tanpa had AirAsia ini.

Cover image via

Buat kaki-kaki travel pasti perasan dengan tawaran terbaru dari syarikat penerbangan, AirAsia

Kini para penumpang AirAsia boleh menggunakan penerbangan tanpa had selama setahun dengan Pas AirAsia Unlimited yang bernilai hanya RM499.

Pas tersebut boleh dibeli di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia selama tujuh hari sahaja bermula dari 29 Februari hingga 7 Mac.

Para pemegang Pas AirAsia Unlimited ini boleh menebus penerbangan tanpa had dari Kuala Lumpur ke lima buah negara dalam masa setahun iaitu bermula dari 2 Mac 2020 hingga 2 Mac 2021, tertakluk kepada cukai dan yuran kerajaan, bagasi dan caj lain.

Selain itu, tempahan penerbangan juga mestilah dilakukan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas.

Image via AirAsia

Bunyinya kedengaran sangat menyeronokkan, bukan? Seolah-olah anda boleh travel satu dunia pada bila-bila masa tanpa mengeluarkan wang selama setahun.

Walau bagaimanapun, jangan mudah terpengaruh kerana banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli pas tanpa had AirAsia ini.

1. Pas tanpa had ini hanya boleh digunakan untuk 5 negara sahaja

Pas AirAsia tanpa had ini boleh digunakan untuk melawat lima negara iaitu Australia, China, India, Jepun, dan Korea Selatan.

Walau bagaimanapun, buat masa kini, negara-negara seperti China dan Korea Selatan dipercayai mempunyai rekod kes jangkitan paling tinggi bagi kes COVID-19 atau corona virus. Dikhabarkan juga bahawa angka ini akan semakin meningkat.

Image via Google

Oleh yang demikian, sekiranya masih ada yang berminat untuk ke negara-negara itu, boleh menggunakan pas ini apabila kes wabak berkenaan dilaporkan semakin reda.

Buat masa ini, usah khuatir kerana anda masih boleh travel ke Australia ataupun India!

2. Kesukaran untuk memilih tarikh yang sesuai

Jangan terlalu excited kerana bukan semua tarikh sepanjang tahun boleh ditebus dengan Pas AirAsia Unlimited ini.

Image via FMT

Penebusan penerbangan adalah terhad dan tertakluk kepada ketersediaan kerusi. Tempat duduk mungkin tidak tersedia pada setiap penerbangan atau hari, contoh disebabkan oleh permintaan yang tinggi pada waktu seperti hujung minggu, cuti umum, cuti sekolah, dan sebagainya.

Pas AirAsia Unlimited tidak menjamin ketersediaan penerbangan tertentu.

3. Pas AirAsia Unlimited bukan bermaksud anda tidak perlu mengeluarkan wang

Perlu tahu bahawa Pas AirAsia Unlimited bukan bermaksud anda tidak perlu membayar apa-apa untuk tiket penerbangan.

Anda hanya dikecualikan bayaran tambang asas, namun tetap kena bayar caj-caj yang lain seperti untuk caj lapangan terbang, cukai dan yuran pengawalseliaan, atau caj lain.

Image via AirAsia

Kadar caj-caj ini bergantung kepada destinasi yang ditujui. Sebagai contoh, jika menempah tiket ke Tokyo, Jepun pergi dan balik, anda dikehendaki membayar:

  • Caj Perkhidmatan Penumpang (RM50.00),
  • RSC (RM1),
  • Malaysia Departure Levy (RM20),
  • Cukai Lapangan Terbang (RM99),
  • Cukai Pelancong Antarabangsa (RM39).
Oleh itu jumlah keseluruhan anda harus membayar RM209 dengan menggunakan Pas AirAsia Unlimited.

4. Tiada mata ganjaran bagi pemegang akaun BIG MEMBER

Buat pemegang akaun BIG MEMBER yang suka kumpul mata ganjaran, malangnya tiada mata ganjaran akan diberikan untuk pembelian menggunakannya.

Image via soyacincau.com

Penggunaan AirAsia Unlimited Pass tidak akan mendapat apa-apa Mata Ganjaran BIG, dan penerbangan yang diterbangkan dengan menggunakan AirAsia Unlimited Pass tidak akan dikira untuk sebarang tawaran atau bonus.

Penebusan Mata Ganjaran BIG juga tidak dibenarkan untuk pembelian pas AirAsia Unlimited.

5. Pas AirAsia Unlimited hanya boleh ditebus untuk penerbangan AirAsia X sahaja

Pas AirAsia Unlimited ini boleh ditebus hanya pada penerbangan AirAsia X dan penerbangan Thai AirAsia X yang mengandungi Kod D7 dan XJ, KECUALI untuk laluan AirAsia X di bawah (dalam kedua-dua arah):

  • Kuala Lumpur – Denpasar (Bali)
  • Kuala Lumpur – Singapura
  • Kuala Lumpur – Jeddah

Image via AirAsia

Oleh itu penerbangan yang bukan AirAsia X tidak layak untuk ditebus.

Buat yang tidak tahu, AirAsia X, adalah penerbangan long haul (jarak jauh) yang kebiasaannya menggunakan Airbus A330 dan Airbus A340 yang mampu terbang lebih dari lima jam seperti ke Australia, China, India dan sebagainya.

Sekiranya masih berminat, anda boleh mendapatkan Pas AirAsia Unlimited di sini dan boleh menggunakan kod promo untuk menempah penerbangan di AirAsia.com atau AirAsia App

Selain itu, baca juga terma dan syarat serta soalan yang sering ditanya (FAQ) di laman web rasmi AirAsia.

Image via AirAsia

Bila fikir-fikir balik, walaupun travel sekali sahaja menggunakan Pas AirAsia Unlimited ini, tapi tetap rasa berbaloi!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: