seismik

Nak Pergi Perth Dengan Bajet Hanya RM2K? Wanita Kongsi Tips & Itinerari Penuh Selama 7H6M!

Mira Maira turut berkongsikan itinerari penuh perjalanannya sepanjang di Perth yang disertakan dengan pecahan kos.

Cover image via Facebook Mira Maira

Tidak dapat dinafikan Perth, Australia, adalah antara destinasi percutian pilihan ramai orang terutamanya kaki travel

Baik bercuti bersama keluarga, kawan-kawan, atau secara solo, Perth menjadi pilihan orang ramai kerana ia cukup terkenal dengan identitinya yang muslim-friendly.

Bukan itu sahaja, tiket penerbangan untuk ke sana juga tidaklah terlalu mahal.

Perth yang juga merupakan ibu kota Australia Barat cukup terkenal dengan tempat pelancongan.
Mereka yang pernah ke sana pasti akui keindahan lokasi tersebut. Namun diakui juga yang keindahannya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. 

Baru-baru ini menerusi laman Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Mira Maira telah menceritakan pengalamannya melawat kota Perth selama 7 hari 6 malam dengan kos hanya RM2,000 untuk seorang!

Bukan itu sahaja, Mira turut berkongsikan sekali itinerari penuh sepanjang perjalanannya di sana di samping memberi tips dan tricks yang boleh diamalkan orang ramai sekiranya ingin bercuti ke Perth, Australia.

Baca perkongsian penuh Mira Maira di bawah:

Itinerary Lengkap Perth 7H6M.

(Western, South & City Perth)

Orang cakap kalau nak pergi Perth kena cover sama ada belah barat dulu or selatan dulu tapi aku buat untuk cover semua.

Sangat sangat sesuai untuk keluarga yang nak travel dengan anak-anak naik kereta sambil menikmati keindahan bumi Perth.

Enjoy all photo yang aku sempat ambil.

Info dan Tips:

Flight, Baggage & Visa
Flight
- Beli 1 bulan sebelum fly. Waktu ini ada promo Traveloka yer. Dapat discount RM300. So just bayar RM700++. Sis dah lama pasang hajat nak ke Australia sebab belum pernah jejak kaki kat mana-mana negara OZ dan selalunya tiket redeem point AAX mesti around RM1k++. 

Visa - Better buat visa dulu baru beli tiket sebab banyak dengar sekarang visa tak lepas. Orang lelaki memang payah nak lepas nama diorang eh masuk Australia. Macam aku slumber je beli tiket dulu baru buat visa. Alhamdulillah semua approved. Buat dengan http://facebook.com/visakangarooexpress/reviews (visa kangaroo) masa apply ni ada promo dapat RM18.00. Service dia laju less then 10 minit je dah siap visa. 

Accommodation
Albany - Stay 1 night @ 1849 Backpackers - RM194.89.
Perth City - Stay 5 nights @ Hay Street Traveller Inn - RM599.28.

Car Rental
Book @ Aries Car Rental through Whatsapp number +61415359777. Lepas itu dia akan minta payment 1 hari dulu. Bila dah success. Sampai OZ kena bayar full payment + deposit - kos kereta AUD285 + AUD200 (deposit).

Fuel
Total AUD216.82 untuk mileage almost 2000km. Petrol station PUMA paling murah minyak dari petrol lain-lain.

Simkad Optus
Ada promosi sampai 2/2/20 - So rezeki sis dapat harga AUD25- 60GB. Ok jangan convert simkad jer RM70.00 (pengsan).

Entrance Fee
Caversham Wildlife Park - AUD30/pax.
The Pinnacles Desert - AUD15/car.

Sandboard kat Lancelin
Sewa sandboard dekat @ Lucky7 Shop AUD10/each deposit dia lesen kereta (sewa up to 2 hours). 
Tips: Sewa dekat Sand lagi murah dapat harga 5AUD. 

Parking
Cirellos- AUD3.70.
Watertown - AUD5.00.
Fremantle - AUD2.40.
DFO Airport - AUD20.
Tips: Kena alert dengan parking sign contoh 1P means boleh park max sejam je.

Meals
Istanbul Kebabs & Turkish Bakery - AUD12.90/pax.
Fish & Chips (senior set) -AUD15/pax.
Charcoal Chicken Dianella -AUD15.90 (BBQ ribs) -Tutup Ahad.
Lobster Shack - AUD38.
Insan cafe - Kuet tiow goreng - AUD11.50.
Aiskirm chocolate (factory choc) - AUD5.00.

Speed Limit
Driving sana kena bersabar banyak sebab speed limit dia berubah-ubah terutama kat city. So kena alert selalu sebab saman mahal.

GST
GST kat Aus ni 10%, banyak tu. Nak claim balik, syarat dia total pembelian > AUD300 from same ABN (Australian Business Number) ada tulis dalam resit. Banyak jugalah resit sis kena reject sebab tak cukup AUD300.

Day 1

  • Flight malam then sampai di Bali untuk transit 2 jam by CitiLink (alahaii suka sangat) bag free & makan free. Sampai-sampai je dah ada CitiLink ground staff panggil untuk di bawa ke transit and tiket baru untuk ke Perth.

Day 2

  • Sampai airport Perth around 4.40am. Semua smooth jer. Declare jer apa barang korang bawa paling utama beras. Tapi sebab kan memang plan dah taknak masak so memang aku declare ada makanan dalam bentuk buah macam cereal tu aku still declare je.
  • Keluar airport terus cari simkad. Lepas itu kami terus siap-siap mandi di airport tu yer. Diaorang ada toilet untuk mandi. Lepas itu kami bergilir tunggu bag dalam bilik solat.
  • 7.00am contact through WhatsApp car rental untuk ambil kitaorang bawa ke centre kereta. Kena tunggu dekat luar tempat bas ada no (M) then nanti ada orang pick up naik van.
  • Selesai bayar kereta aku terus drive menghala ke western makan masa perjalanan 4jam+++.
  • Sempat cover The Gap & Natural Bridge (parking free tak payah bayar).
  • Wind Farm (Pilih ikut selera korang nak tengok belah mana look up).
  • Target.
  • Kmart (shopping perkakas rumah).
  • Coles (wajib cuba susu kopi Dare).
  • Makan kebab (Istanbul Kebabs).
  • Settle makan terus balik hotel. Pusing-pusing tengok orang memancing dekat pantai area Albany.
By the way, kt sini 5.30am dah macam pukul 10am kat Malaysia. Kedai kat sini banyak tutup jam 5.30pm.

Day 3

  • Green Pool (tempat mandi-manda).
  • Elephant Rock (sebelah-sebelah je tapi still kena bawa kereta).
  • Cape Leeuwin Lighthouse (tak masuk tapi still manage untuk ambik gmbr dari luar). Agak mahal AUD60 tengok lighthouse je pun.
  • Canal Rocks (Parking Free).
  • Busselton Jetty (tak masuk pun sebab train dah tutup. Ambik gambar dari luar je).
  • Watertown Outlet (tak pergi pun tak apa tak best sangat).
  • Dinner dekat Charcoal Chicken (sumpah lamb ribs dia lagi sedap dari Tony Roma's)
  • Check-in Hotel Hay Street Travellers (City).
  • Beli susu kopi lagi - AUD 4.50 & mineral besar AUD5.50 (2botol 1.5ml).

Tips: Drive balik dari western ke city tu korang pastikan minyak penuh. Jalan sunyi and tempat petrol to another kalau lalu kampung memang payah nak jumpa. Bawak pendrive sebab line radio kat barat Perth tak selalu ada. So korang akan mengantuk.

Day 4

  • Lepak minum kopi 7e dulu - AUD3.
  • Terus pergi Blue Boat House (datang pagi-pagi guys tak ada orang) boleh ambil gambar dengan tenang. Parking depan rumah-rumah kena sebarang jalan.
  • Lepas tu pergi terus ke Cavershan Wildlife. Korang datang pagi-pagi sebab kangroo masih lapar and showtime start around 9.00am-9.30am. Make sure alert dengan aktiviti/showtime (bergambar dengan Koala Farm Show, Meet The Wombat).
  • Habis show terus ke The Margaret River Chocolate (sila cuba aiskrim diorang ada halal).
  • Lunch di Fish & Chips at Cicerello’s. Aku bukan peminat ikan tapi kat sini boleh habis yer.
  • Next ke Fremantle Markets (Megabes) untuk beli souvenir murah. Habis AUD41.90.
  • Watertown (best lagi JFO).
  • Makan lunch dekat Insan Cafe (Hay street) - Sedap portion besar.
  • Rainbow Sea Container, 1 Canning Hwy, Fremantle WA 6160, Australia.

Day 5

  • Singgah breakfast susu - AUD5.2.
  • Moore River, Caraban WA 6041, Australia.
  • Lancelin Sand Dunes, Beacon Road, Lancelin WA 6044, Australia (sewa kedai lucky 7 harga AUD 10 & deposit lesen kereta. aku suggest korang sewa depan sand tu jerr AUD5). Huhu.
  • Pinnacles Desert Discovery Centre, Nambung WA 6521, Australia.
  • Lobster Shack-Cervantes WA, 37 Catalonia St, Cervantes WA 6511, Australia.
  • Membeli & memborong segala jenis perfume & vitamin C di dalam Chemistwarehouse.

Day 6

  • Shopping dekat DFO (free & easy).
  • Berkemas.

Day 7

  • Sambung kemas & balik KL.
Both flights aku turun KLIA, alhamdulilah tak kena bayar tax. Tips untuk korang janganlah bawa bag macam bungkus Bangla nanti kena check. Kos aku share ini belum bahagi 2. Kalau ramai lagi murahlah kosnya.

Tips Perth

  1. Declare jer makanan korang bawa paling utama beras.
  2. Sila patuhi had laju and bayar parking kereta. Kalau kena saman nanti berdarah hidung nak bayar.
  3. Korang rajin-rajinlah Google tempat korang nak pergi tu. Waktu operasi mall (shopping)/kedai makan/tempat aktiviti berbeza-berbeza. Ada jam 5.00pm dah tutup. Ada kedai Ahad tutup. Plan your journey.
  4. Makanan wajib korang makan Ribs Lamb Charcoal Chicken Express memang sedap.
  5. Semua tempat pakai Waze je.

Seronoknya dan paling penting, affordable. Terus rasa nak pergi bercuti sekarang!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak travel solo tapi tak ada orang untuk tangkapkan gambar?

Lagi itinerari menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: