seismik

Nak Teroka Tempat Baru Dengan Bajet Sederhana? Wanita Share Itinerari Ke Phu Quoc, Vietnam

RM 1 bersamaan dengan 5,631 Dhong.

Cover image via Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM)

Tidak dapat dinafikan, Vietnam adalah antara negara yang popular untuk dijadikan destinasi bercuti

Sama ada bercuti secara sendirian aka 'backpacker style', ataupun bersama keluarga, ramai yang suka singgah ke negara bekas komunis ini kerana hanya memerlukan bajet yang rendah.

Bila berbicara pasal Vietnam juga, destinasi yang sering menjadi pilihan pelancong Malaysia sudah semestinya Ho Chi Min atau Saigon.

Bahkan pada hujung minggu atau musim cuti sekolah sahaja, penuhlah lokasi tersebut dengan pelancong dari Malaysia, pendek kata boleh berlaga bahu.

Walau bagaimanapun, berbeza pula dengan seorang wanita ini yang memilih untuk bercuti di Phu Quoc, Vietnam

Melalui laman Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM), Quzarina Syazareen telah berkongsikan itinerari dia sepanjang berada di sana bersama keluarganya di Phu Quoc, Vietnam dengan membelanjakan bajet yang sederhana.

Phu Quoc merupakan sebuah pulau Vietnam yang terletak di luar perairan Kemboja. Pulau tersebut terkenal dengan pantai yang putih lagi cantik. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit sahaja.

Baca perkongsian penuh Quzarina Syazareen di bawah:

Fuhh akhirnya datang mood nak share trip ke Phu Quoc 2 minggu lepas. Sesuai untuk yang nak explore tempat baru dengan bajet yang sederhana.

Ticket:
KLIA2 - Phu Quoc return RM 220 (1 jam 45 min)

Hotel:
Booking di Agoda RM 200/night (low season) Camia Resort & Spa.
Sebenarnya ada banyak lagi pilihan murah-murah kalau untuk backpacker tapi memandangkn bawa anak-anak saja lah saya cari yang cantik sikit, yang selesa dan puas hati. Tapi hotel ini jauh sikit dari town.

Transportation:
Boleh ambil taxi bermeter kalau datang 1 family. Grab kat sana mahal. Tapi kami datang ramai-ramai so ambil van. Van ini pun hotel yang tolong book memandangkan harga pun ok.

Ni harga van:
Hotel - Vinpearl Dhong 500,000 (Balik naik taxi bermeter harga lebih kurang saja)
Hotel - Sunset Sanato Dhong 800,000 return
Hotel - Cable Car Dhong 1.5 juta return
Hotel - Night Market/Nan Kebab Dhong 900,000 return

If nak sewa kereta tak sure lah lesen Malaysia boleh pakai tak sebab kat sana drive belah kiri.

Food:
Bawa lah makanan dari Malaysia. Maggi, roti, tuna, bubur nasi Brahim, Milo 3in1, Nutella. Bawalah macam kami sampai 25kg last-last tak habis pun. Tips dia kami semua share saja baggage 25 kg itu RM60 kot untuk 10 orang. Pack dalam kotak. Beg baju semua hand-carry. So bila balik kotak makanan tu humban dalam tong sampah. No baggage masa balik. Ha jimat kan? Makanan halal ada 2 kedai saja di sana. Kedai nasi arab. Seafood banyak kalau hampa yakin tapi sebab saya ragu-ragu dengan cara masak dia & pork ini memang makanan wajib kat sana jadi kita makan bekal saja la ya. Buffet breakfast kat hotel pun geng kami makan roti, salad, cereal & buah-buahan saja. Gerai buah pun banyak tau kat sana. Kami borong makan kat hotel malam-malam sambil membawang.

Attraction:
1. Sunset Sanato Beach Club, nak masuk kena bayar ya sebab dia macam private beach club. Banyak 'instagramable' spot kat sini. Jangan datang lewat sangat sebab pukul 6 kat sana (pukul 7 Malaysia) dah gelap ya. Waktu ni geng saya dah frust sebab dah gelap tak puas begambar. End up repeat hari ke-3. Nak mandi pun boleh tapi masa ni musim hujan ombak kuat gila memang dia dah pacak bendera merah jangan cuba-cuba nak fefeeling dolphin pergi berenang. Tiket VTN Dhong 75,000 per entry (lebih kurang RM14).

2. Vinpearl Land, yang ini online tiket boleh beli siap-siap di web Klook. Harga promo lebih kurang RM85 adult, kid RM68, kurang dari 100 cm free macam besar Haca & Inara itu. Dia ada waterpark skali tapi tak sempat lah nak mandi. Puas hati sangat walaupun tempat dia bukan macam USS/Disney Land tapi berbaloi-baloi dapat main semua ride tak payah beratur. Rasa macam theme park itu kita saja yang punya. Ada mermaid show, dolphin show, aqua park yang ala-ala Aquaria KLCC tu, memang best! Makanan kami bawa bekal tapi mostly kena campak dlm locker. Biskut, sandwich, coklat apa saja yang jenis balut plastik dia suruh buang. Yang lulus hanya nasi beriani Brahim yang dah pack elok-elok dalam tupperware tu haa. So take note ya!

3. World Longest Cable Car, yang ini pun sama saya beli siap-siap tiket dekat web Klook. Adult RM25 kid RM16. Gayat dia jangan cakap lah saya mengucap sepanjang jalan, dengan angin tengah kuat berapa kali dia stop kat atas itu. Cerdik sangat lah pergi time monsun. Sepatutnya kalau cuaca cantik kita boleh tengok bot-bot nelayan yang colourful kat bawah tu. Boleh tengok kat Instagram orang lainlah ya. Memang cantik gila. Kalau ada masa bila dia stop dekat pulau yang last itu kita boleh turun naik buggy dan lepak tepi laut ada macam-macam aktiviti kat situ. Tapi sebab masa & cuaca tak mengizinkan kami semua tak turun pun. Terus patah balik saja tak sabar nak sampai sana balik sebenarnya dah rasa nyawa melayang-melayang.

4. Sao Beach, ni pun private beach tapi tak sure lah kalau ada access lain yang free, tapi taxi tu hantar geng kami dekat tempat yang kena minum-minum dulu baru boleh masuk. So order lah air buah lah air kopi lah, lepak-lepak lah kejap layan angin pantai. Crowded sangat tempat dia macam batu Feringgi/Pantai Chenang saja. Air pun keruh sebab musim hujan. Sepatutnya orang cakap Sao Beach ini antara pantai paling cantik kat Phu Quoc & jernih. Ada buaian dalam air juga kat sini tapi jauh sangat nak jalan. So duduk sajal lah diam-diam ambil gambar depan cafe itu. Harga air buah Dhong 70,000 air coke 30,000.

5. Golden Sand Bar, tempat ini sebelah Sunset Sanato. Yang ada bumblebee buruk itu kat sini tau. Kami tertipu ingat tu kat Sunset Sanato. Dah lah dah bayar kat Sunset Sanato tiba nak ke bumblebee tu tak boleh access. Tak pasal bayar lagi. Tapi ni murah sikit Dhong 50,000 siap dapat air free. Puas hati lagi masuk sini dari Sunset Sanato sebab prop dia lagi comel-comel & colourful.

6. Night Market, hurmm tak menarik sangat pun pada saya. Kedai seafood banyak tapi memandangkan tak yakin dengan cara masak so tengok-tengok sajalah kan. At least orang cakap pergi tak pasar malam, oo pergi pergi. Souvenir pun tak banyak yang best. Sedihhh tapi kalau nak cari baju-baju Hawaii, beg-beg rotan banyak lah jual.

Ok sekian. Harap dapat lah membantu sikit-sikit sebab ramai yang tanya hari tu itenary kat sana. Tips dia install lah siap-siap Google Translate sebab kat sana mostly zero English. Nak tanya money changer pun dia tak faham. Dah macam ayam itik haa..

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS:

You may be interested in: