'Travel Solo' Tapi Tak Ada Orang Untuk Tangkapkan Gambar? Ikuti Tips Dari Jurugambar Ini!
Ashraff bukan sahaja berkongsikan cara untuk menangkap gambar secara solo bahkan turut memberikan beberapa tips yang boleh menjadikan gambar itu lebih cantik lagi menarik.
Pasti ramai yang berimpikan untuk mengembara ke tempat-tempat secara berseorangan ataupun solo
Iyalah, apabila travel secara solo ini, kita akan lebih bebas dan tidak terikat untuk meneroka serta melakukan apa sahaja aktiviti yang diingini, di samping tidak perlu mengikut masa serta jadual orang lain.
Kadang-kala ada juga yang suka untuk travel secara solo ini kerana ia juga merupakan satu peluang bagi seseorang itu lebih mengenali diri sendiri. Umpama self-discovery gitu...
Cumanya yang kurang seronok apabila travel secara bersendirian ini ialah momen-momen indah tersebut tidak boleh ditangkap, melainkan dalam bentuk swafoto atau selfie.
Bosan, bukan?
Baru-baru ini, seorang jurugambar telah berkongsikan beberapa tips yang boleh digunakan solo travelers yang ingin capture momen mereka tanpa bantuan orang lain.
Iyalah, nama pun solo traveler, kena pandai-pandai lah kan?
Menerusi laman Twitter, @AshraffJunior bukan sahaja berkongsikan cara untuk menangkap gambar secara bersendiri bahkan turut memberikan beberapa tips yang boleh menjadikan gambar itu lebih cantik lagi menarik.
Perkongsian yang dibuat secara berangkai itu ternyata mendapat perhatian warganet sehingga mendapat hampir 7 ribu retweets dan hampir 9 ribu likes.
Ternyata ramai sebenarnya yang inginkan tips tangkap gambar bila travel solo ini!
Berikut adalah beberapa gambar yang 'ditangkap' oleh Ashraff sendiri:
Menarik dan cantik, bukan?
Jom ikuti tips yang dikongsikan Ashraff di bawah:
1) Guna tripod
Bila sudah ada tripod, maka sekarang kena pandai pilih dan adjust ketinggian tripod dan angle sama ada secara landscape ataupun portrait, mengikut keselesaan serta kesesuaian gambar.
Jika inginkan tripod yang lebih ringan, boleh pilih untuk gunakan gorilla tripod. Walaupun tidak tinggi, tetapi tripod ini boleh diletakkan pada objek lain untuk menambah ketinggian.
Bukan itu sahaja, angle juga boleh adjust dengan membengkokkan kaki tripod itu.
2) Pilih angle yang unik
Elak untuk mengambil gambar menggunakan angle yang sudah biasa kita lihat. Daripada menangkap gambar pada paras mata atau eye view, cuba eksperimen dengan low angle pula.
Baru lain daripada yang lain!
Beberapa contoh gambar yang boleh dapat sekiranya pandai menggunakan bermacam-macam angle.
3) Letak kamera di sebalik objek
Menggunakan terma fotografi, perkara ini disebut sebagai framing. Contohnya, kalau ingin menangkap gambar tokong, jadikan bunga-bunga sebagai frame.
Antara contoh gambar jenis framing:
4) Guna grid
Grid adalah garisan melintang dan menegak pada aplikasi kamera.
Untuk menampakkan subjek lebih jelas, pastikan ia terletak di dalam pangkah.