seismik

Ini Perkara SOP 'Work From Home' Anda Perlu Tahu & Pekerjaan Yang Dibenarkan Ketika PKPB

Dihadkan selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu.

Cover image via Harian Metro & New Straits Times

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah minggu lalu.

Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT).

Selain itu, mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu.

Syarikat-syarikat tidak perlu mengemukakan permohonan bagi tujuan ini. Majikan hanya perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh PKPB.

Dalam pada itu, majikan perlu menetapkan garis panduan work from home yang bersesuaian mengikut keperluan syarikat masing-masing

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Jelas Azmin Ali lagi, kerajaan akan terus bekerjasama dengan pihak swasta dan industri dalam usaha untuk mempertingkatkan pelaksanaan work from home sebagai norma baharu selari dengan kecanggihan teknologi terkini dan aplikasi atas talian.

"MITI akan meneruskan pemantauan dan penguatkuasaan yang tegas bagi memastikan pelaksanaan dan pematuhan SOP di kalangan pihak industri," katanya.

Jika pihak industri mahupun pekerja hadapi sebarang masalah mengenai konsep work from home, anda boleh salurkan pertanyaan kepada [email protected] dan media sosial @MITIMalaysia.

Berikut di bawah adalah infografik tentang arahan amalan work from home bagi sektor ekonomi di kawasan-kawasan PKPB

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: