seismik

"Dulu Kita Galakkan Work From Home, Sekarang Ianya Arahan" - Datuk Seri Ismail Sabri

Arahan berkerja dari rumah buat semua pekerja pengurusan di Zon Merah.

Cover image via Majlis Keselamatan Negara - MKN (Facebook)

Kerajaan telah memutuskan bahawa semua pekerja sama ada di sektor awam mahupun swasta di bahagian pengurusan dan pengawasan di Zon Merah tidak lagi dibenarkan ke pejabat

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah minggu lalu.

Oleh itu, mereka perlu bekerja dari rumah berkuat kuasa 22 Oktober 2020 (Khamis) ini.

Jelas Ismail Sabri lagi, usaha kerajaan itu adalah bagi membendung penularan wabak Covid-19, dengan mengurangkan jumlah orang ramai yang bekerja di pejabat dan kilang.

Tindakan itu akan mengurangkan 1 juta pekerja hingga 800 ribu di sektor perindustrian dan 200 ribu di sektor awam daripada datang ke pejabat atau kilang masing-masing

“Pihak majikan diarah untuk mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang terpaksa bekerja di pejabat sepanjang tempoh ini,” katanya.

Sementara itu, bagi mereka yang perlu ke pejabat, katanya perlu menjalani ujian swab sekiranya tinggal di kawasan zon merah dan jika pihak majikan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kos akan ditanggung.

Menurutnya lagi, arahan akan berkuat kuasa Khamis ini sehingga pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah tamat.

Maklumat jenis pekerjaan perlu kerja di rumah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pula, sila rujuk di sini.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Star

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: