seismik

Isu Kes Macau Scam, Pelakon Lelaki & Pengacara Wanita Pula Akan Dipanggil SPRM

Dua artis terkenal itu terbabit dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

Cover image via Astro Awani & Beautiful Nara

Dua individu terbabit menjalankan perniagaan dan mempunyai lebih 1 juta pengikut di laman sosial

Pelakon lelaki dan pengacara wanita tersebut adalah antara beberapa artis dijangka dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam.

Menurut sumber, artis lelaki dan wanita itu akan dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM selepas tiada artis diminta tampil memberi keterangan secara sukarela.

"SPRM sudah beri tempoh masa kepada individu terbabit untuk tampil, namun mereka berdua termasuk individu lain yang dipercayai ada kaitan dengan sindiket ini gagal hadir memberi keterangan.

"Susulan itu, SPRM akan memanggil mereka dalam masa terdekat untuk membantu siasatan," katanya.

Terdahulu, SPRM pernah meminta individu yang pernah menerima wang berkaitan kegiatan cuci wang oleh sindiket Macau Scam untuk tampil. Namun belum ada yang berbuat demikian.

Pada 8 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki meminta semua selebriti dan ahli perniagaan terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram supaya tampil membantu siasatan.

Menurutnya, arahan itu bagi mengelakkan SPRM menahan mereka yang berkenaan dalam masa terdekat.

Terdahulu, pasangan selebriti terkenal Shuib Sepahtu dan Siti Sarah juga pernah dipanggil memberi keterangan di SPRM berkaitan sindiket cuci duit berkenaan.

Walau bagaimanapun, setelah disoal siasat selama 23 jam, dia tidak ditahan reman selepas itu.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: