Perkhidmatan Buat MyKad Alami Gangguan Seluruh Negara Sehingga 31 Ogos Ini – JPN
Difahamkan, gangguan itu disebabkan oleh proses peralihan daripada struktur MyKad sedia ada kepada MyKad generasi baharu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perkhidmatan membuat MyKad di seluruh negara alami gangguan sementara mulai 26 hingga 31 Ogos ini
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata gangguan ini adalah disebabkan oleh proses peralihan daripada struktur MyKad sedia ada kepada MyKad generasi baharu.
Orang ramai yang tidak mempunyai keperluan segera berkaitan MyKad dinasihatkan untuk menangguhkan sementara permohonan untuk menggantikan atau menukar kad pengenalan semasa tempoh peralihan.

Sementara itu, JPN telah menggalakkan ibu bapa dan penjaga kanak-kanak yang memohon MyKad pertama mereka pada usia 12 tahun untuk menunggu kad generasi baharu tersedia
"Bagi permohonan MyKad kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, ibu bapa atau penjaga juga digalakkan untuk menunggu seketika.
"Ia bagi membolehkan anak menerima MyKad Generasi Baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat," kata JPN dalam satu kenyataan.
Jabatan itu mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas kesabaran dan kerjasama sepanjang proses peralihan dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via