seismik

Basuh ‘Pad’ Sebelum Buang Untuk Elak Dimakan Syaitan? Pejabat Mufti Ada Jelaskan Hukumnya

Ramai wanita yang belum tahu perihal perkara ini.

Cover image via Blog Yatie Sendayu Tinggi

Haid merupakan darah yang keluar dari rahim perempuan yang sudah baligh pada waktu-waktu tertentu

Image via Iluminasi

Antara simpton yang dialami kebanyakan wanita apabila didatangi haid adalah senggugut, sakit payudara, rasa loya, ketidakstabilan emosi, sakit-sakit sendi dan lain-lain.

Apabila didatangi haid, wanita dilarang sama sekali untuk melakukan ibadah-ibadah seperti solat, berpuasa, dan membaca ayat suci Al-Quran kerana darah haid adalah najis dan dianggap kotor.

Namun begitu yang menjadi tanda tanya ialah adakah perlu membasuh tuala wanita sebelum membuangnya?

Pasti ramai wanita di luar sana yang pernah terdengar ura-ura mengatakan bahawa jika tidak dibasuh  tuala wanita sebelum membuangnya, Jin akan makan darah haid yang ada pada tuala tersebut.

Adakah terdapat sebarang hadis atau athar yang berkaitan?

Membicarakan isu ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah menyeluarkan kenyataan tentang hukum membasuh tuala wanita dalam laman web rasminya

Tiada sebarang athar atau hadis yang menyatakan bahawa tuala wanita yang terkandung darah haid perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya.

Bahkan tidak ada riwayat dari para Sahabat dari kalangan wanita menyatakan bahawa mereka membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya. Juga tidak terdapat arahan dari Nabi agar membasuhnya.

Yang Nabi arahkan adalah jika darah tersebut terkena pakaian sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Asma’ Binti Abu Bakar. Katanya:

Image via SAYS

Adapun membasuh tuala wanita sebelum membuangnya, tidak pernah diarahkan oleh Nabi saw. Ini dapat dilihat dari zahir hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW:

Image via SAYS

Zahir hadis menyatakan bahawa الحِيض iaitu kain tuala wanita dibuang tanpa dibasuh terlebih dahulu. Jika kain tersebut dibasuh, masakan ada yang bertanya tentang kesucian air perigi tersebut.

Telah difahamkan bahawa tiada sebarang hadis atau athar yang menyatakan perlu membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya

Adalah tidak benar jika ada yang mengatakan bahawa ia perlu dibasuh terlebih dahulu kerana dibimbangi akan menjadi makanan jin.

Namun tidak dinafikan bahawa syaitan adalah antara kalangan yang memang menyukai perkara-perkara yg kotor dan najis.

Ini berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik yang menyebut doa Rasulullah SAW ketika masuk ke dalam tandas. Rasulullah berdoa:

“al-Khubuth adalah kata jamak bagi al-Khabith yang membawa makna syaitan jantan. Manakala al-Khabaith adalah kata jamak bagi al-Khabithah yang membawa makna syaitan betina.” [Rujuk Ma’alim al-Sunan (1/10)].

Image via SAYS

Cuma kami mengesyorkan beberapa perkara:

1. Tuala tersebut perlu dibuang di tempat yang khusus. Jika boleh asingkan dari tempat buangan yang biasa digunakan seperti mana yang dilakukan di hospital.

2. Jangan dibuang merata-merata seperti di mangkuk tandas dan lain lain tempat yang tidak sesuai. Ini kerana, ia boleh menimbulkan suasana tidak selesa.

Image via Libresse

Sumber diambil daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Lihat video di bawah penjelasan Ustaz Azhar Idrus berkaitan perkara ini:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bagaimana pula dengan qadha solat bagi wanita yang datang haid?

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: