seismik

Imam Teruskan Solat Ketika Gempa Bumi. Jika Kita Imam Itu, Apa Yang Wajar Kita Lakukan?

Antara teruskan solat atau selamatkan diri.

Cover image via YouTube Malaysia Viral

Baru-baru ini viral satu video seorang imam Indonesia meneruskan bacaan dalam solat di Bali ketika gempa bumi melanda Lombok

Imam terbabit yang dikatakan merupakan seorang penceramah di sebuah masjid di Denpasar, Bali, tetap meneruskan solat apabila gempa bumi dengan magnitud 6.9 melanda pada malam Ahad, 5 Ogos lalu.

Rakaman yang direkodkan menerusi telefon bimbit, menunjukkan dia menahan tangannya ke dinding ketika dewan solat itu bergoncang dengan kuat dan beberapa jemaah melarikan diri dari bangunan itu.

Namun begitu terdapat beberapa jemaah lain yang tidak berganjak daripada solat ketika masjid itu bergerak ke kiri dan ke kanan.

Lihat video tersebut di bawah:

Rakaman tersebut mendapat pujian para pengguna laman sosial yang beranggapan imam terbabit mempunyai iman yang teguh walaupun ketika dilanda bencana alam

Namun begitu, timbul pertanyaan di mana sekiranya situasi tersebut terjadi kepada kita, apa yang wajar kita lakukan?

Perlukah kita teruskan solat ataupun lari selamatkan diri?

Seorang pengguna Twitter @amirul_bazlan telah mengemukakan penjelasan berkenaan perkara terbabit dalam bentuk thread.

Baca thread tersebut di bawah:

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: