Cuba Wujudkan ‘Kerajaan 9’ Di Melaka, PDRM Kini Sedang Pantau Mawla Amin & Pengikutnya
Pihak Kerajaan Maghribi secara kerasnya tidak mengesahkan sebarang aktiviti melibatkan keagaamaan terhadap individu ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kehadiran seorang individu yang didakwa seorang ulama dan datang dari Maghribi pernah mendapat perhatian ramai sejak beberapa tahun lalu kini diragui
Individu yang dikenali sebagai Mawla Amin itu disambut dengan penuh meriah dalam beberapa majlis di sekitar negara dalam masa yang sama kehadirannya diragui oleh beberapa pihak yang mempertikaikan status habib yang didakwa beliau.
Baru-baru ini, sebuah laporan siasatan telah dikeluarkan kerajaan Maghribi diberikan kepada kedutaan Malaysia memberitahu tentang status Mawla Amin berkenaan.
Menurut laporan yang dikongsikan, difahamkan Habib Mohamed Amin Ben Sayed El Idrissi El Hassani atau nama sebenarnya Mohamed Amin Ouradj merupakan pemegang dua warganegara iaitu Perancis dan Algeria.
Individu terbabit difahamkan memasuki Maghribi pada tahun 2006 dan telah berkahwin dengan wanita Maghribi pada tahun 2014. Mawla Amin turut mempunyai cubaan untuk menukar nama beliau daripada Ouradj kepada El Idrissi.
Kerajaan Maghribi mendakwa Mawla Amin mengambil kesempatan terhadap status ulama bagi menaikkan pengaruh
Kerajaan Maghribi mendakwa Mawla Amin telah mengambil kesempatan terhadap ulama di Maghribi dan para ahli sufi dalam menaikkan pengaruhnya di Asia Tenggara termasuk di Malaysia dan Indonesia.
Mawla Amin dikatakan menggunakan nama habib untuk meningkatkan pengaruh beliau selain turut mendakwa mengikut jalan ahli sufi meskipun tidak dapat dipastikan amalannya.
Pihak Kerajaan Maghribi mengatakan secara kerasnya tidak mengesahkan sebarang aktiviti melibatkan keagamaan terhadap individu ini.
Cuba membina perkampungan yang dipanggil 'Kerajaan 9' di Melaka
Difahamkan perkampungan dinamakan ‘Kerajaan 9’ yang bakal dibina di Melaka itu didakwa sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikut Mawla Amin.
Tanah yang baru bagi pembinaan perkampungan tersebut dilaporkan milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka dan dikatakan akan menjadi penempatan individu dari luar yang diangkat menjadi Imam Mahdi.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau pergerakan Mawla Amin dan pengikutnya. Pemantauan itu termasuklah sebuah madrasah di Selangor yang aktif mempromosi Mawla Amin dengan mengutip dana awam secara tidak sah.
“Kita ada maklumat itu dan buat masa ini kita masih memantau pergerakan Mawla Amin terbabit bersama pengikutnya.
“Madrasah terbabit juga apa yang diketahui membeli tanah di Melaka hasil kutipan dana daripada pengikutnya dan orang ramai bagi membina perkampungan terbabit,” katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!