seismik

#Raya2024: Ini 13 Jenama Pakaian Tawarkan Busana Hari Raya ‘Matching’ Untuk Seisi Keluarga

Cantik-cantik semuanya!

Cover image via KHATAM & POPLOOK (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti biasa, persediaan untuk menyambut hari raya Aidilfitri sudah semestinya dibuat terlebih awal

Lebih-lebih lagi dari segi memilih busana untuk dipakai pada hari raya kelak yang sentiasa menjadi masalah disebabkan buntu fesyen dan warna apa yang akan dibeli.

Jangan risau, kali ini kami kongsikan kepada anda senarai jenama pakaian yang menawarkan pelbagai pakaian hari raya dengan reka bentuk yang elegan, ringkas dan klasik untuk anda pilih:

1. POKOKS

POKOKS telah menjadi kegemaran ramai dalam mencari reka bentuk cantik untuk busana raya seisi keluarga. Koleksi mereka diilhamkan oleh budaya dan alam semula jadi, selalunya disertakan dengan cetakan unik dan warna berani.

Tahun ini, POKOKS menawarkan lima koleksi baharu untuk Raya. Gaya campuran dan padanan mereka membolehkan anda bebas memilih daripada membeli set lengkap, untuk menghasilkan satu penampilan yang unik untuk anda. Bukan setakat untuk kegunaan hari raya sahaja, ia juga sesuai digunakan sebagai pakaian harian anda.

Harga yang ditawarkan: RM99 hingga RM139

Website Instagram | Facebook

Image via POKOKS
Image via POKOKS
Image via POKOKS

2. KHATAM

KHATAM bermula sebagai jenama pakaian lelaki yang mengkhususkan rekaan baju Melayu. Kini, ia telah berkembang untuk turut menghasilkan pakaian tradisional bagi wanita, kanak-kanak dan bayi.

Gaya kontemporari yang ditawarkan mereka adalah kemas, bergaya dan sangat selesa untuk dipakai seharian. Reka bentuknya sangat minimalis, memfokuskan pada potongan yang kemas dan berkualiti tinggi, dengan pelbagai warna ditawarkan.

Harga yang ditawarkan: RM99 hingga RM269

Website | Instagram | Facebook

Image via KHATAM
Image via KHATAM
Image via KHATAM

3. Bayu Somerset

Jika anda seseorang yang menyukai cetakan dan warna yang terang, jenama pakaian Bayu Somerset sesuai untuk anda. Ditubuhkan pada 2021, jenama fesyen itu telah mengumpulkan ramai peminat setia di seluruh negara.

Terkenal dengan baju kurung dan baju kebaya yang sangat selesa, mereka menawarkan pakaian dengan corak yang anggun pada harga yang berpatutan. Bukan sahaja boleh dipakai di majlis-majlis khas malah pakaian ini juga sememangnya sesuai untuk kegunaan seharian!

Buat masa ini, pakaian lelaki mereka hanya menampilkan baju lengan pendek. Tetapi jika anda mencari pakaian yang comel untuk wanita dan kanak-kanak perempuan, ini merupakan tempat yang bagus untuk bermula.

Harga ditawarkan: RM99 hingga RM169

Website Instagram | Facebook

Image via Bayu Somerset

4. ANAABU.CO

ANAABU.CO terkenal dengan pakaian uniseks dengan gaya minimalis yang unik. Mereka juga menyediakan lookbooks yang kemas dan menarik sesuai untuk pelanggan melihat koleksi yang disediakan. Koleksi mereka cenderung memberi tumpuan kepada warna rona tanah dan palet neutral.

Koleksi Aidilfitri mereka menggunakan unsur sulaman, fabrik bertekstur dan warna yang tenang. Reka bentuknya adalah bersaiz besar dan halus, memberikan keselesaan dan gaya kepada si pemakai.

Harga ditawarkan: RM129 hingga RM289

Website | Instagram | Facebook

Image via ANAABU.CO
Image via ANAABU.CO
Image via ANAABU.CO

5. POPLOOK

Dilancarkan pada 2009, POPLOOK merupakan salah satu jenama fesyen perintis yang menjual pakaian atas talian di Malaysia. Walaupun mereka tidak menawarkan pakaian lelaki, set Raya padanan ibu-anak yang ditawarkan mereka terlalu comel untuk tidak disenaraikan dalam senarai ini.

Daripada cetakan batik dan bunga, kepada warna yang solid dan perincian renda, POPLOOK menawarkan pelbagai jenis pakaian tradisional untuk hari raya. Jika anda ingin sedondon dengan si kecil anda, POPLOOK merupakan antara pilihan yang menarik.

Harga ditawarkan: RM99 hingga RM349

Website Instagram | Facebook

6. KENIT

KENIT bermula sebagai jenama pakaian kanak-kanak dan ia telah berkembang untuk turut menghasilkan pakaian tradisional untuk lelaki dan wanita. Koleksi mereka membangkitkan gaya tak lapuk dek zaman dan dibuat dengan fabrik berkualiti yang tahan lama.

Pakaiannya selesa, bergaya dan sesuai untuk seisi keluarga, daripada bayi sehinggalah untuk datuk dan nenek.

Harga ditawarkan: RM135 hingga RM420

Website | Instagram | Facebook

Image via KENIT
Image via KENIT
Image via KENIT

7. umbi

umbi menawarkan reka bentuk kontemporari, yang kebanyakannya diperbuat daripada fabrik semula jadi seperti kapas dan linen. Dengan cetakan yang unik dan menarik, reka bentuk mereka sangat diilhamkan daripada kanak-kanak, menjadikan jenama itu sangat mesra keluarga.

Empat koleksi Raya mereka menawarkan corak bertenaga dan warna terang, dengan pilihan baju Melayu, kurta, baju kurung, dan baju kebaya, serta pakaian untuk si kecil.

Harga ditawarkan: RM89 hingga RM269

Website | Instagram | Facebook

Image via umbi
Image via umbi
Image via umbi

8. Petit Moi

Untuk gaya moden di hari raya, Petit Moi ialah jenama yang patut diberi perhatian. Jenama itu diasaskan oleh tiga wanita Malaysia, membawa matlamat mahu mencipta pakaian berkualiti untuk anak-anak mereka. Pada 2019, mereka telah memperkenalkan barisan pakaian dewasa, malah kini hadir dengan penjualan aksesori, alat tulis dan pelbagai lagi produk.

Menghadirkan corak aesthetic mereka yang lembut dan feminin, jenama ini menawarkan pelbagai jenis baju kurung yang unik untuk wanita dan kanak-kanak perempuan, dengan corak bunga-bunga yang halus, lengan yang mengembang dan perincian yang teliti. Manakala pakaian bagi lelaki dewasa dan kanak-kanak, anda boleh mendapatkan baju Melayu dan baju kurta.

Harga ditawarkan: RM199 hingga RM619

Website | Instagram | Facebook

Image via Petit Moi
Image via Petit Moi

9. Hasnuri

Hasnuri menawarkan rekaan pakaian hari raya tradisional dengan gaya ringkas bersama reka bentuk yang terang. Mereka menawarkan set padanan untuk seisi keluarga pada harga yang berpatutan, dalam pelbagai warna yang berbeza.

Selain baju kurung, jenama itu juga mempunyai pakaian wanita seperti jubah dan abaya serta pakaian pejabat dan produk aksesori.

Harga ditawarkan: RM39 hingga RM89

Website | Instagram Facebook

10. Sabella

Ditubuhkan pada 2016, Sabella telah menjadi jenama ini yang sudah menular dalam kalangan rakyat Malaysia dengan tagline #bajukurungtanpagosok. Reka bentuk pakaian signifikan mereka, kurung Queeny, telah mengukuhkan mereka sebagai jenama fesyen yang dipercayai.

Koleksi Raya mereka juga sangat inklusif, menawarkan pelbagai saiz dari XS hingga 5XL. Anda boleh mendapatkan pakaian yang dihasilkan dengan warna yang terang bersama fabrik yang lembut.

Harga ditawarkan: RM79 hingga RM104

Website | Instagram | Facebook

Image via Sabella
Image via Sabella
Image via Sabella

11. Zoffya

Zoffya menawarkan set baju Raya yang mampu milik untuk seisi keluarga. Dengan pelbagai gaya, anda boleh menemui apa sahaja reka bentuk yang sesuai untuk anda daripada pakaian yang bercorak renda sehingga corak pastel, dalam pelbagai warna.

Harga ditawarkan: RM50 hingga RM220

Website | Instagram | Facebook

Image via Zoffya
Image via Zoffya
Image via Zoffya

12. irsa

irsa memberi tumpuan kepada pakaian untuk wanita dan kanak-kanak perempuan, tetapi masih juga mnyediakan baju Melayu untuk lelaki. Dengan corak aesthetic feminin dan flowy, jenama ini menawarkan baju kurung yang anggun dengan aksen renda dan bunga bersulam pada kolar putih.

Koleksi terbaru yang ditawarkan mereka adalah termasuk gaya batik moden dengan reka bentuk kimono, dan kurung renda dalam warna hitam dan putih pejal; kedua-dua koleksi adalah termasuk set ibu-anak perempuan yang sepadan.

Harga ditawarkan: RM199 hingga RM359

Website | Instagram | Facebook

Image via irsa
Image via irsa
Image via irsa

13. HollaKidz

HollaKidz menyediakan rekaan pakaian yang sepadan untuk setiap ahli keluarga, daripada koleksi pakaian untuk bayi kepada gaya pra-remaja yang bergaya, juga pilihan untuk ibu dan ayah. Koleksi pakaian Raya mereka dihasilkan daripada campuran kapas dan linen, menyediakan pakaian yang breathable serta kelihatan bergaya.

Jenama ini mempunyai banyak pilihan baju kurung dalam pelbagai gaya, daripada warna pepejal terang dengan corak yang unik, hingga warna semula jadi yang tenang bersama cetakan halus. Koleksi untuk lelaki dewasa dan kanak-kanak juga disediakan, dengan pelbagai pilihan warna dan corak yang berbeza untuk dipilih.

Harga ditawarkan: RM59 hingga RM289

Website | Instagram Facebook

Image via HollaKidz
Image via Hollakidz
Image via HollaKidz

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: