seismik

Kuasa Viral Bantu Gadis Ini Taut Semula Persahabatan Yang Terputus Sejak Tadika. Terharu!

Anis cuba menjejaki sahabat lamanya, Amirul kerana ingin meminta maaf atas kekasarannya yang berlaku 13 tahun yang lalu.

Cover image via Raising Children

Sahabat merupakan salah satu bahagian hidup yang teramat paling penting dalam kehidupan manusia

Dalam segala perkara, ada kalanya sahabatlah yang membuat kita terhibur dan tertawa. Sahabat juga adalah orang yang setia menemani kita, pada saat suka mahupun duka. Namun adakalanya dalam sesuatu persahabatan itu juga boleh berlakunya perpisahan.

Image via Bright Horizons

Mungkin sukar untuk menyambung semula tali persahabatan yang telah terputus lebih-lebih lagi jika sudah terlalu lama anda tidak berbicara dengan teman baik tersebut atau lebih parah lagi jika terjadi pertelingkahan antara kalian.

Anda mungkin bimbang bahawa keadaan akan menjadi kekok atau dia masih mempunyai perasaan marah atau terasa hati dan enggan bercakap dengan anda. Walau bagaimanapun, dengan menunjukkan niat ikhlas untuk menyambung semula komunikasi yang telah terputus disebabkan pertengkaran lalu terjadinya perpisahan, anda boleh membina semula persahabatan seperti dahulu.

Seorang pengguna Twitter, @AnisHamizahh telah berkongsikan sebuah cerita tentang hubungannya dengan seorang sahabat dari zaman kanak-kanaknya yang terputus ekoran sikapnya yang dingin terhadap budak lelaki itu

Budak lelaki itu yang dari awal bersikap baik terhadapnya terpaksa berpindah ke tempat lain menyebabkan gadis tersebut berasa kesal dengan layanan yang telah diberikan kepada budak lelaki tersebut.

Menggunakan kuasa media sosial, gadis itu cuba untuk menjejaki sahabat lamanya itu dengan tujuan ingin meminta maaf kepadanya.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Dulu waktu tadika, aku ada member laki nama Amirul. He likes me like a lot. Mana aku ada, dia ada. Buat kerja, makan, main taman, semua ada dia kat tepi. There's one time I fell down from a monkey bar and pitam. He called our teacher to bring me in.

I hurt my back and it left some scars. My teacher put some ointment and Amirul was there. I remember when our teacher said, "Eh Mirul tak boleh tengok badan perempuan. Haram," then he replied, "Ala cikgu," but still went out and play outside.

Lepas dah sedar aku ngadu sakit je, dan dan Amirul masuk waktu tu and was really happy to see me gained conscious. Dia ajak aku main taman balik and aku pun bedal je main eventhough badan still sakit hoho.

There's one time where I joined singing competition and he joined apa entah but the location was same so our tukang masak at the tadika drove us there. She asked Amirul to seat at the back but he refused. Dia nak gak duduk depan ngan aku pastu ha sempitlah aku kat depan tu.

Let's move on to tahun 1 in primary school.

We got in the same class. Aku duduk area tengah class dia duduk depan. Dia sanggup gi cakap kat cikgu nak tukar tempat duduk sebab nak duduk tepi aku. Aih this boy.

Rumah sukan aku is kuning and dia hijau ke biru tak ingat but, still went to our classroom teacher to change rumah sukan sebab nak sama rumah sukan dengan aku gak sebenarnya aku suka je dia tapi entah kenapa I treated him bad.

Aku suka marah dia, halau dia, suruh dia duduk jauh-jauh dengan aku sebab aku cakap aku tak suka dia tapi sebenarnya aku nak sangat jadi kawan dia. Tapi entah setan apa rasuk sampai aku treat dia tak elok.

Ada sekali tu nak exam so like just jarakkan meja je tapi si Amirul ni sanggup angkat meja dia dari depan letak kat tepi aku. Aku cam terkejut gila! Waktu dah settle susun meja, cikgu class masuk and dia pun terkejut Amirul duduk tepi aku.

Pastu time tengah exam, tetiba cikgu aku cakap, "Amirul, kalau awak suka Anis pun kerusi tu jangan lah sampai terlebih dari meja. Tu kaki tu terkeluar dari meja tu." Aku terkejut and terus tengok sebelah. Mak aih dia duduk memang kerusi dia half dari meja dia.

Then he said, "Eh tapi saya tak tiru Anis, cikgu. Saya memang duduk macam ni cikgu." Pastu dia duduk bebetul jugak tapi he's a nice boy after all.

This is the sad part. I didn't know he had to change school. One day, he gave me cincin tikam. Ye, cincin tikam ye and I was so dislike with it and said, "Apa ni bagi cincin tikam taknak lah." And then threw it on the floor, dan dan time tu member aku bangun and terpijak cincin tikam tu. We both saw that cincin kena pijak and I said, "Ha bagus pun kena pijak." But deep down in my heart, I felt so so bad for him.

That time, his face... Was so sad... He said, "Kalau tak suka jangan lah campak." And sit down at his table. My friend cakap, "Tak baiklah Anis, awak buat dia macam tu." Tapi aku jawab, "Alah biar je lah dia."

Balik tu, aku rasa bersalah gila and nak mintak maaf kat dia tomorrow morning. Esoknya pulak, dia tak datang. Rupanya cikgu class cakap dia dah pindah. Time tu aku macam sedih dah. Sampai sekarang aku rasa bersalah kat Amirul and tak mintak maaf lagi.

Sampai sekarang memori pasal dia masih aku ingat. Sebab tu, aku try treat orang dengan elok sebab aku taknak menyesal di kemudian hari. Rasa bersalah kat orang tu berat tau.

To Amirul, wherever you are, I hope you have a beautiful life and have a person who treats you better. I'm sorry. I'm sorry.

Dengan kuasa media sosial, Anis berjaya menemui sahabat lamanya itu dengan bantuan warga internet

Lanjutan daripada itu, Anis sentiasa mengemaskini warga internet tentang perkembangan misi pencarian sahabat lamanya itu di samping berterima kasih kepada mereka yang telah membantunya

Anis juga tidak lupa untuk mengesahkan kepada warga internet tentang sahabat lamanya itu di samping 'stalk' sendiri lelaki tersebut untuk meminta maaf kepadanya atas kejadian yang berlaku 13 tahun yang lalu

Sehinggalah Amirul bertegur kembali kepada Anis dan mereka mengimbas semula kenangan di zaman tadika. Akhirnya Anis mendapat apa yang diinginkannya iaitu kemaafan.

Ramai warga internet yang turut gembira dengan pengakhiran misi pencarian Amirul ini sehingga mencadangkan agar ianya dijadikan sebuah drama!

Yay happy ending!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi perkongsian menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: