“Biniku Berpurdah Tapi...” - Netizen Kecam Lelaki Ingin Kahwin Lain Sebab Isteri Tak Lawa
Dalam memilih isteri, agama Islam itu sendiri telah menyediakan satu garis panduan iaitu melihat hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.
Satu tweet kenyataan tentang masalah rumahtangga yang dialami oleh seorang lelaki telah menular di laman sosial Twitter menimbulkan ketidakpuasan hati para netizen
Tweet yang dikongsikan pengguna Twitter @nooradrinaaa itu menceritakan tentang seorang lelaki yang walaupun sudah berumahtangga, namun dia berkeinginan untuk menikahi wanita lain yang wajahnya persis model jikalau dibandingkan dengan isterinya yang tidak cantik namun sempurna dari sudut menguruskan hal ehwal rumahtangga.
Baca kenyataan penuh lelaki tersebut di bawah:
Ekoran isu ini, ramai yang meluahkan pendapat dan kekesalan masing-masing.
Antara komen-komen para netizen:
Dalam membicarakan soal memilih calon isteri, agama Islam itu sendiri telah menyediakan satu garis panduan
Rasulullah SAW pernah bersabda,“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya bahagialah hidup kamu.”
(Hadis Riwayat Imam Bukhari 6:123, dan Imam Muslim 4:175).
Apakah yang dimaksudkan oleh empat perkara tersebut?
1) Berharta
Baik lelaki dan wanita perlu mencari pasangan yang arif dalam mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.
2) Keturunan
Keturunan yang dimaksudkan bukanlah dikira daripada segi kebangsawanan, kasta atau kedudukan dalam masyarakat. Keturunan yang dimaksudkan adalah daripada nasab seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan. Apa ertinya seorang lelaki menjadikan wanita bangsawan sebagai isteri namun dalam tubuhnya mengalir darah seorang penzina. Sekiranya lelaki dan wanita penzina itu bertaubat, maka boleh dipertimbangkan. Namun pilihlah daripada keturunan yang baik-baik.
3) Kecantikan
Kecantikan wanita dan kekacakan lelaki bersifat subjektif. Mungkin Lelaki A memandang Wanita X tidak cantik, tetapi Lelaki B memandang Wanita X sangat cantik, begitu juga bagi wanita yang memandang lelaki. Hakikatnya, fitrah manusia memang sukakan kecantikan. Kecantikan sebenar boleh diukur daripada kecantikan akhlak dan tutur bicaranya dan bukan pada kecantikan luaran sahaja.
4) Agama
Namun daripada semua yang diatas, agama lah yang paling penting dan terutama dalam pemilihan calon jodoh. Tanpa agama, kehidupan berumahtangga yang dibina mungkin mengalami masalah dan hilang arah. Hakikatnya dengan agamalah sesebuah keluarga sakinah (tenang) , mawaddah (rasa cinta) serta rahmah (kasih sayang) terbentuk dan disitulah lahirnya anak-anak yang soleh dan solehah yang mampu meneruskan perjuangan Islam.
Jika tidak dapat mendapatkan tiga kriteria yang sudah ditetapkan Nabi Muhammad SAW, maka sebaiknya seseorang itu mendapat sekurang-kurang satu daripada kriteria tersebut.
Orang yang baik agamanya pastinya memiliki tingkat ketaqwaan yang tinggi. Sehingga akan membawa keluarga yang taat pada aturan Allah dan Rasul-Nya.
“Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian ialah yang paling bertaqwa.” (Surah Al-Hujurat: 13)
Semoga kita semua dikurniakan pasangan hidup yang soleh dan solehah dan menjadikan keluarga yang terbina itu penuh kebahagiaan. Amin!