seismik

"Tak Sempat Peluk, Cium Ayah Buat Kali Terakhir" - Mengalir Air Mata Baca Cerita Gadis Ini

Kita haruslah menghormati dan menghargai ayah kita dan jangan sesekali melukakan hati dan perasaannya.

Cover image via Facebook Nur Fadilah

Hidup tanpa seorang ayah amat menyukarkan kerana ayah merupakan tempat kita bergantung dan mengadu bahkan akan terasa tidak sempurna hidup tanpa seorang ayah

Image via Printerous

Akan sesekali terdetik perasaan sedih, pilu, duka di hati dikala melihat kawan-kawan kita bersama ayah mereka dan pada saat itulah kita akan merasakan betapa kita memerlukan ayah. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa terseksanya hidup tanpa ayah.

Tetapi apakan daya, takdir telah menjemputnya dulu. Walaubagaimanapun, kita seharusnya bersyukur kerana Allah SWT lebih sayangkan ayah. Ingatlah, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Seorang pengguna Facebook, Nur Fadilah telah berkongsikan kisah menyentuh hati tentang pengorbanan ayahnya yang sanggup menghantarnya ke institut pengajian walau dalam keadaan yang masih belum cukup sihat di samping kesempitan wang.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Ayah, Kakcik tak pernah tahu ayah ada post pasal ayah hantar Kakcik ke Kedah. Kakcik memang tak akan pernah lupa every details perjalanan kita ke Kedah, naik bas berdua sahaja. Beg sebesar alam sumbat segala baldi harta benda naik bas.

Tak silap Kakcik, ayah baru beberapa hari keluar dari hospital sebab ayah sakit jantung ke apa entah. Ayah yang nak teman Kakcik daftar matrik di Kedah, naik bas.

Kakcik ingat, dalam bas ayah batuk-batuk. Dari dalam bas dah rasa serba salah sebab ayah masih tak berapa sihat. Di rumah, mak kata nanti yuran di sana minta duit dari ayah. Kakcik tak tahu tapi hari itu Kakcik rasa ayah tak cukup duit. Ayah hanya ada beberapa puluh ringgit saja masa nak bayar teksi.     

Ayah singgah cucuk duit, tetapi Kakcik tengok muka ayah macam hampa

Bila dah sampai Kolej MARA, masa tengah beratur nak bayar yuran, ayah tak ada bagi duit. Risau sangat sebab turn dah nak sampai, tapi tak berani nak minta.

Masa ini sedih juga. Kawan-kawan semua maka ayah temankan masuk dalam daftar. Tetapi ayah tunggu di luar. Beranikan diri minta duit yuran dari ayah. Tapi ayat ayah, "Kakcik hari itu kerja ada kan duit? Pakai duit Kakcik ya. Ayah takde duit."

Masa ini marah ada sikit, tapi lebih sedih sebab nampak ayah penat saja. Mungkin belum cukup rehat selepas keluar dari hospital masa itu. Tahu ayah bukan orang senang, then guna saja duit yang memang ngam-ngam RM300 di tangan untuk bayar yuran. Kemudian ayah tolong angkat semua barang.

Masa ayah nak balik, Kakcik cakap, "Ayah, duit belanja tak ada ke?" Kemudian ayah buka dompet, tunjuk dompet. "Ayah ada RM70 je tinggal Kakcik. Nah, RM20. RM50 ini ayah nak beli tiket."

Dalam hati, "Cukup ke RM20 ni?"

Tapi kasihan kat ayah, just cakap "Okey ayah, terima kasih. Kakcik akan cukup-cukupkan." Then ayah pun pergi bus stand.

Malam itu mak call Kakcik, "Kakcik tau tak, ayah tak ada bas. Ayah tidur dekat bus stand."

Masa dapat tau ni memang sedih gila-gila sebab rasa bersalah kena hantar jauh-jauh dengan tak cukup duit, dengan ayah yang masih baru keluar hospital, dengan ayah kena tidur di bus stand

Of course rasa bersalah sangat sebab ayah macam gelandangan kena tidur di bus stand. Tak tahu keselamatan macam mana, takut aku pencuri ke. Sudahlah ayah tak cukup duit.

Terus tanya kawan-kawan siapa yang ada di Penang nak balik BP, boleh tumpangkan ayah. Dah jumpa kawan, terus call ayah. Menangis-nangis cakap suruh balik, tumpang ayah kawan. Tapi ayah dengan gembira berkata, "Eh, ayah dah naik bas la, mana ada ayah tidur bus stand. Haa, ni bas nak gerak ni babaiii." Ayah terus matikan panggilan, tak tahu sama ada betul atau ayah tipu sahaja.

Keputusan paling menyesal.

1) Tak cas telefon bimbit. Lambat tahu tentang ayah sudah meninggal dunia.
2) Tak ikut cakap ayah suruh pindah ke Matrik Melaka. Tak dapat tengok ayah buat kali terakhir, tak dapat cium jenazah ayah, tak dapat peluk jenazah ayah dan tak dapat jaga ayah. 

Perkara di atas adalah asbab saya berhenti UNIMAS dan berada pada kehidupan kini. Masa lalu yang tak boleh diputar. 

Kakcik takkan pernah lupa jasa ayah kepada Kakcik selama ini. Terima kasih ayah. Salam rindu ayah. Kakcik sayang, love ayah!

Al-Fatihah.

Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang masih mempunyai bapa, hargailah dan sayangilah mereka.

Bapa ibarat tunjang kehidupan yang mampu membimbing kita ke arah menjadi insan yang berguna.

Image via Wiffle Gif

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: