seismik

“Saya Mimpikan Dia Di Angkasa” - Dr Sheikh Muszaphar Bongkar Petanda Kahwini Dr Harlina

Untung Dr Halina. :)

Cover image via Instagram @drsheikhmuszaphar

Dr Sheikh Muszaphar yang terkenal sebagai angkawasan negara pertama baru-baru ini telah memuat naik satu status di laman Instagram sempena ulang tahun perkahwinannya dan isteri yang ke-8

Dalam posting tersebut, beliau telah membongkar rahsia tentang sebab kenapa beliau memperisterikan Dr Halina pada mulanya. Sweet sangat!

Baca perkongsian penuh di bawah:

BAHASA:

Ulang Tahun ke-8 kami hari ini.

Telah 8 tahun sejak kami berkahwin dan InsyaAllah sehingga penghujung masa dengan lebih banyak anak akan datang. Berdoa untuk dikurniakan lebih banyak anak kembar.

Saya berjumpa Dr Halina semasa zaman saya di HUKM. Dia adalah pelajar saya ketika itu. Saya tertarik dengan kecerdasannya lebih daripada kecantikannya - kerana dia menjawab semua soalan saya semasa pusingan klinikal. Jarak umur kami adalah 8 tahun.

Bagi saya adalah jarak umur yang bagus.

Ketika saya dipilih untuk latihan angkasawan saya di Rusia, kami sebenarnya "berpisah" tanpa mengetahui apa yang akan terjadi pada hubungan kami. Saya sentiasa percaya dengan iman. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.

"If it’s meant to be so be it."

Dan Alhamdulillah ketika saya kembali ke Bumi, Dr Halina menunggu saya dengan tangan terbuka. Saya tidak pernah memberitahu sesiapa ini tetapi saya telah bermimpi tentang Dr Halina ketika saya berada di angkasa dan saya tahu ia adalah satu petanda.

10.10.10 adalah hari ketika kami memutuskan untuk berkahwin. Dan Alhamdulillah perjalanan perkahwinan kami lancar dan telah melangkah sejauh ini. Kami juga dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata yang cantik.

Semoga keindahan perkahwinan kita kekal selama-lamanya. Amin..

PS - Hari ini juga ulang tahun ke-11 saya ke ruang angkasa. 10.10.07.

PSS - Satu-satunya masa kami boleh bersama adalah apabila anak-anak berada di sekolah.

Selepas menjalani pahit manis rumahtangga bersama selama lapan tahun, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina telah dikurniakan dengan empat orang cahaya mata yang sangat comel

Dr Sheikh Muszaphar bersama anak kembarnya.

Image via Instagram @drsheikhmuszaphar

Apa-apa pun, semoga hubungan perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina kekal hingga ke Jannah. Amin. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tips didik anak dari Dr Sheikh Muszaphar ini memang sangat bagus:

Pernah terfikir tak tentang ini?

You may be interested in: