seismik

"Pertama Kali Dalam Sejarah!" - Takhta Dewi Remaja 2018/2019 Ditarik Kembali Dari Pemenang

Buat pertama kali dalam sejarah, Dewi Remaja tiada juara.

Cover image via Remaja

Seperti sedia maklum, Sharifah Haneesya Hanee telah dinobatkan sebagai juara dalam pencarian Dewi Remaja 2018/2019. Namun, takhta yang dipegang tidak lama selepas ianya ditarik semula serta-merta.

Kes ini telah berlaku selepas Haneesya dikatakan melanggar syarat penyertaan, peraturan dan klausa kontrak yang telah dibuat dan ditandatangani olehnya sendiri.

Penarikan semula takhta sebagai juara Dewi Remaja 2018/2019 itu juga telah diumumkan oleh pihak NU Ideaktiv Sdn Bhd selaku pemilik jenama Dewi Remaja pada tengah hari tadi, 17 Januari.

Haneesya Hanee.

Image via Remaja

Dengan penarikan gelaran ini, Haneesya Hanee bersama dua lagi finalis pencarian Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Faizni Fazreen Fazeera & Erni Nushahira tidak dibenarkan untuk menggunakan gelaran 'finalis Dewi Remaja' bagi sebarang aktiviti di masa akan datang.

Image via Remaja

Menurut laporan, pihak Dewi Remaja telah melakukan siasatan yang mendalam terhadap kes ini dan mendapati bahawa pemegang takhta juara ini telah melanggar syarat penyertaan.

Sebagai pemilik dan penganjur, kami menzahirkan rasa sedih atas apa yang telah terjadi. Namun pada masa yang sama, para peserta Dewi Remaja sudah sedia maklum akan syarat penyertaan seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak yang mereka tanda tangani” di mana mereka tidak boleh mempamerkan perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai
Pihak pengurusan Dewi Remaja

Namun begitu, Tia Sarah masih akan kekal di kedudukan kedua bagi pertandingan berprestij ini dan masih akan mewakili nama Dewi Remaja bagi sebarang aktiviti bersama pemenang yang lain

Pihak Dewi Remaja juga turut menjelaskan bahawa berikutan kes yang berlaku, pihak mereka terpaksa memilih untuk menjaga kredibiliti Dewi Remaja dan memutuskan untuk tidak mengisi kekosongan juara edisi kali ini selepas ianya ditarik balik daripada Haneesya Hanee.

Image via Remaja
It was a very silly mistake. Hanee mengakut itu memang salah dan perbuatan Hanee & I'm aware tentang the result kalau Hanee buat benda itu. Hanee pun tak tahu kenapa dan tak expect benda boleh jadi sampai macam ni
Haneesya Hanee

Hanee juga turut meluahkan rasa hampa dengan perbuatan yang dilakukan sehingga menyebabkan perkara ini berlaku. Namun, dia juga redha dan terima dengan hati yang terbuka.

Image via Remaja

Haneesya Hanee dikatakan telah memberikan komitmen dan persembahan yang terbaik ketika pencarian Dewi Remaja 2018/2019 ini dijalankan sehingga melayakkan dirinya bergelar Juara Dewi Remaja 2018/2019.

Gadis hitam manis ini juga telah berjaya memikat hati para juri iaitu Dato' Hans Isaac, Datuk Aznil Haji Nawawi dan juga Neelofa yang pada ketika itu telah memilihnya sebagai juara edisi ini.

"It has nothing to do with my mother and leave her alone." Haneesya Hanee juga turut menjelaskan bahawa setiap perbuatan yang dilakukan bukanlah datang dari silap ibunya.

Haneesya Hanee dan ibunya.

Image via Beautifulnara

Menurutnya, setiap perbuatan yang dilakukan sama ada baik atau buruk adalah terpulang kepada diri sendiri dan sama sekali bukan salah ibunya. Dia juga turut meminta orang ramai supaya berhenti mempersalah dan menghukum ibunya yang tidak bersalah.

Hanee juga dipuji kerana berani untuk keluar dan mengaku akan kesalahan yang telah dilakukan tanpa berdolak-dalik mengenai isu ini.

Image via Beautifulnara

Tonton video penuh sidang media khas bersama Haneesya di bawah:

Semoga perkara ini boleh dijadikan pengajaran untuk Haneesya dan setiap orang untuk sentiasa menjaga kelakukan walau di mana pun anda berada.

Image via YOY Network

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cantik itu subjektif:

You may be interested in: