Photographer Ajak Bergambar Time Banjir, Tak Sangka Hasilnya Pula Buat Ramai Terpegun
Cantiknya gambar-gambar dia!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sejak Kuala Lumpur dan Selangor dilanda banjir teruk beberapa hari lalu, kita dapat lihat banyak video viral di media sosial menjadi tumpuan rakyat Malaysia
Antaranya adalah rakaman rakyat Malaysia saling tolong menolong satu sama lain seperti menumpangkan kereta, memberi makanan serta minuman dan macam-macam lagi.
Bukan itu saja, mereka yang berkahwin pada musim banjir juga sudah pasti merasa sedih kerana tidak dapat meneruskan majlis kenduri dan terpaksa menanggung kerugian besar.
Walau bagaimanapun, sebuah video telah berjaya mendapat perhatian ramai gara-gara gambar kahwin sepasang pengantin baru ini yang dikatakan rare dan sangat cantik, sekali gus mencipta kenangan indah dalam masa yang sama ditimpa dugaan banjir.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sedih tak dapat bergambar dekat pelamin sebab banjir, tapi nasib baik photographer pandai cari angle photoshoot
Menerusi perkongsian video daripada @ariffrosly1, kelihatan dia sedang bertugas di sebuah majlis kenduri pelanggannya.
Namun, akibat banjir teruk yang melanda di kawasan perumahan tersebut, sesi fotografi mereka terganggu sehingga menyebabkan pelamin pengantin ditenggelami air dan membuatkan pasangan itu sedih tidak dapat bergambar sebagai kenangan.
Akan tetapi, mereka bernasib baik kerana mendapat jurugambar yang kreatif apabila dia meminta pengantin untuk bergambar juga masa hujan demi mendapatkan shot yang cantik untuk menggembirakan mereka.
Apa yang membuatkan ramai terpegun adalah hasil photoshoot itu ternyata sangat memuaskan hati kerana gambar-gambar yang diambil begitu cantik sekali.
"Mesti jadi kenangan nanti, lain dari yang lain. Jangan sedih ya, sebab this is the best photoshoot ever. Terbaik cameraman!" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 1.2M tontonan, 190.2K tanda suka serta 2.3K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut memuji hasil gambar yang diambil oleh photographer tersebut.
Malah, ada yang berpendapat photographer itu berjaya mengambil hati dan menggembirakan kedua-dua pengantin kerana telah mengambil gambar yang terbaik.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Sumpah lawa gambar-gambar dia, mesti mood pengantin terus berubah daripada sedih jadi orang paling bahagia! Selamat pengantin baru <3