seismik

Kereta Audi Dah Separuh Tenggelam Dek Banjir, Tapi Gadis Ini Santai Makan Burger. Sempoi!

"Restoran terapung" - Netizen.

Cover image via @intankhalifaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Satu Malaysia sedia maklum, kawasan Lembah Klang dan beberapa negeri lain ditimpa musibah banjir sejak dua tiga hari ini akibat hujan tidak berhenti

Kebanyakan kawasan perumahan habis ditenggelami air sehingga paras pinggang, malah sesetengah tempat dinaiki air sampai ke bumbung rumah.

Sudah tentu ramai yang terkesan dan sedih kerana barangan serta harta kesayangan seperti kereta dan juga rumah sendiri musnah dek banjir.

Namun, tular pula sebuah video di TikTok ini yang memaparkan seorang gadis rileks menikmati burger dalam banjir telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kereta mahal dah separuh tenggelam dek banjir, tapi masih santai layan burger

Menerusi video yang dimuat naik oleh @intankhalifaa, kelihatan dia sedang duduk di kerusi luar kawasan rumahnya sambil makan malam seorang diri.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila reaksinya yang selamba menikmati burger itu seolah-olah tidak kisah kawasan rumahnya dinaiki air banjir.

Lebih menarik perhatian adalah kereta di belakangnya merupakan salah satu jenama mahal iaitu Audi dan membuatkan netizen pula yang terkilan kerana risau rosak sepenuhnya.

"Omg dinner dalam pool! The most luxury dinner I've ever saw haha, kaya kedai bengkel kereta nanti" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 1.2M views, 92.1K likes dan 1K shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan gadis itu yang masih santai menikmati burgernya tanpa menghiraukan banjir yang semakin naik.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Wah santai betul ya sis, tapi bagus dia tak merungut dengan dugaan yang datang. Semoga dipermudahkan urusan! :)

Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Image via SAYS Seismik

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: