seismik

Pinjaman Wang Daripada 'Ah Long' Bawa Kesan Buruk Kepada Diri Sendiri & Keluarga. Awas!

Ini bukan satu pilihan untuk anda.

Cover image via South China Morning Post & Oh Bulan

Desakan hidup di era pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang amat mendalam sehinggakan ada yang terpaksa membuat keputusan yang bakal memudaratkan bukan sahaja dirinya malah keluarga tercinta

Gambar sekadar hiasan.

Image via Oh Bulan

Pinjaman ‘Ah Long’ selalu merujuk kepada syarikat pinjaman wang yang tidak berlesen. Kebiasaannya, si peminjam Ah Long adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah atau yang benar-benar terdesak dan memerlukan wang tunai dengan segera. 

Perkara ini berlaku kerana berpinjam daripada Ah Long adalah lebih cepat, ringkas dan kebiasaannya tidak memerlukan sebarang pemeriksaan kredit berbanding dengan pinjaman bank atau syarikat pinjaman wang yang berlesen.

Tambahan lagi, wang yang dipinjam daripada Ah Long didatangkan dengan faedah dan risiko yang sangat tinggi. Namun begitu, masih ramai yang memandang rendah terhadap risiko tersebut kerana mereka merasakan bahawa selagi jumlah wang yang dipinjam adalah kecil dan dibayar dalam tempoh yang betul, urusan pinjaman wang daripada Ah Long akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Ini punca ramai yang terdesak untuk membuat pinjaman wang daripada Ah Long:

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Menurut Nasir Mustafa, seorang pakar kewangan menjelaskan ada beberapa sebab utama masyarakat cenderung untuk membuat pinjaman daripada Ah Long dan antaranya adalah:

  1. Tidak mempunyai duit sara hidup - Individu yang mungkin tiada berkemampuan dan jatuh dalam kategori hidup susah tetapi malu atau tidak tahu di mana sepatutnya mereka mendapatkan bantuan

  2. Memenuhi kehendak hidup - Individu yang melebihkan kehendak diri. Sebagai contoh sudah ada kereta tetapi nak tukar sportrim. Orang dulu kata tidak ada penyakit tetapi cari penyakit.

  3. Perlukan duit tambahan untuk modal perniagaan - Individu yang mempunyai syarikat kecil atau mahu membuka perniagaan kecil tetapi tidak memenuhi syarat piawaian bank kerana tiada penyata bank untuk membuat pinjaman berlesen dan tiada cagaran.

  4. Pinjam sebab nak bayar hutang - Individu yang dikenali sebagai gali lubang tutup lubang

Kesan membuat pinjaman wang daripada Ah Long:

Gambar sekadar hiasan.

Image via Keluarga

Pinjaman Ah Long adalah indah khabar dari rupa. Tidak dinafikan mereka bijak menggunakan kata-kata sehingga boleh membuatkan seorang individu yang terdesak terpedaya dan merasakan dirinya mampu untuk selesaikan pinjaman yang bakal dilakukan itu. Nasir juga sempat berkongsi beberapa sebab mengapa berhutang dengan Ah Long akan memudaratkan kehidupan anda dan keluarga anda.

  1. Mengancam nyawa diri dan keluarga

  2. Jumlah yang perlu dibayar lebih tinggi daripada jumlah yang dipinjam

  3. Bakal makan diri di masa depan

  4. Hidup sentiasa takut

  5. Seseorang individu boleh jatuh muflis

Setiap orang akan hadapi cabaran demi kelangsungan hidup. Namun begitu, membuat pinjaman Ah Long atau mana-mana peminjam tanpa lesen adalah satu tindakan yang tidak wajar

Jika anda telah terjebak dalam isu ini, segeralah dapatkan bantuan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kerana mereka boleh bantu dari segi rundingan, mengurangkan bunga, menghentikan cas pembayaran tersembunyi dan minta tempoh pembayaran dipanjangkan.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama. Anda boleh dengar kisah yang berkaitan topik hari ini di sini untuk dengar lebih lanjut.

Penulis: Adinna

Kool FM memberi anda segala berita terkini, isu-isu semasa yang trending dan juga berita hiburan yang terbaru.

Dengarkan topik menarik di Kool FM dengan hanya klik di SINI!

Image via Kool FM

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: