[TERKINI] PKPB Di KL, Selangor, dan Putrajaya Dilanjutkan 2 Minggu Lagi
Ia akan disambung bermula 27 Oktober hingga 9 November 2020.
Kerajaan mengambil keputusan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya selama 14 hari lagi sehingga 9 November depan
Perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hari ini.
Ia berikutan masih terdapat kawasan-kawasan yang berisiko tinggi dengan jangkitan Covid-19 bagi lokasi tersebut.
Keputusan diambil berikutan penilaian risiko yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di ketiga-tiga negeri itu
Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan PKPB selama 14 hari mulai 27 Oktober hingga 9 November.
KKM juga mendapati masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi bagi penularan COVID-19 di ketiga-tiga kawasan.
Sementara itu, prosedur operasi standard (SOP) masih kekal dan perlu terus diamalkan.
Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mula dikenakan PKPB semenjak 14 Oktober lalu berikutan peningkatan secara mendadak kes jangkitan COVID-19.