seismik

Bosan Sebab PKPB? Gadis Ini Kongsi 10 'Board Games' Untuk Main Bersama Keluarga Di Rumah

Daripada rumah tu sunyi dengan gajet, lebih baik have fun dengan family kan?

Cover image via @bangsawankelana (Twitter)

Mesti bosan duduk rumah time PKP ni kan? Nak main game online, penat pula mata nak tengok gajet lama-lama

Bagi yang bekerja dari rumah, sudah semestinya ingin meluangkan masa bersama keluarga selepas selesai kerja. Bukan apa, ianya untuk merehatkan minda juga setelah seharian penat menguruskan hal office.

Selain menonton TV dan layan YouTube di rumah, ada 10 jenis 'board games' yang korang boleh cuba untuk bermain bersama keluarga

1. Zombie Dice

Cara untuk bermain Zombie Dice ini adalah korang sebagai zombie kena kumpul otak sebanyak yang boleh. Zombie yang paling banyak dapat otak, dia menang.

Kalau cukup 3 kali kena tembak, otak yang korang kumpul dalam pusingan tu terus dikira lesap.

Jumlah pemain untuk Zombie Dice adalah 2 orang atau lebih.

Harga Zombie Dice di pasaran adalah RM71.73.
Boleh dapatkan di shop4malaysia.com

2. Betrayal At The House Of The Hill

Cara untuk bermain Betrayal At The House Of The Hill ini adalah korang sebagai sekumpulan kawan nak pergi terjah rumah hantu.

Ada misi yang korang kena buat sampailah salah seorang dari kumpulan korang bertukar menjadi pengkhianat. Tak semua ahli kumpulan dapat kekal hidup dan keluar dari rumah hantu ini.

Pemain untuk Betrayal At The House Of The Hill adalah 6 orang.

Harga Betrayal At The House Of The Hill di pasaran adalah RM189.
Boleh dapatkan di Shopee

3. Just One

Cara untuk bermain Just One ini adalah korang akan pilih satu nombor dan orang lain akan bagi klu yang hampir dengan perkataan dari nombor yang korang pilih tu.

Jumlah pemain untuk Just One ini menarik sebab boleh main sampai berpuluh orang sekali jalan. 

Harga Just One di pasaran adalah RM116.10. 
Boleh dapatkan di Meeples

4. Saboteur

Cara untuk bermain Saboteur ini adalah korang jadi perlu orang kerdil dan kena masuk gua melombong emas.

Salah seorang (rawak) akan cuba sabotaj supaya orang lain tak dapat jumpa jalan ke tempat yang ada emas supaya dia dapat bolot semua emas tu. Tapi kalau orang lain dapat tahu, mungkin mereka takkan kongsi emas dengan dia.

Jumlah pemain untuk Saboteur adalah antara 3 ke 10 orang.

Harga Saboteur di pasaran adalah RM59. 
Boleh dapatkan di Shopee

5. Azul

Cara untuk bermain Azul ini adalah korang sebagai peniaga jubin kena cuba siapkan ikut reka bentuk berdasarkan permintaan raja.

Yang seronoknya, korang akan ralit dengan corak-corak ini sampai boleh terlupa ada point kita yang bakal kena potong menyebabkan korang kalah sipi saja.

Jumlah pemain untuk Azul adalah antara 2 ke 4 orang.

Harga Azul di pasaran adalah antara RM179.10. 
Boleh dapatkan di Meeples

6. Nak Makan Apa

Cara untuk bermain Nak Makan Apa ini adalah korang sebagai pemain wajib meletakkan satu 'kad selera' di hadapan. Selepas 'kad selera' yang diletakkan itu melengkapi salah satu 'kad menu', korang dikira dah order menu itu.

Harap bertenang, korang mesti akan bergaduh dengan pemain lain sebab isu nak makan apa ni memang sampai bila-bila pun takkan habis.

Jumlah pemain untuk Nak Makan Apa adalah antara 2 ke 10 orang.

Harga Nak Makan Apa di pasaran adalah RM65. 
Boleh dapatkan di Shopee

7. Junk Art

Cara untuk bermain Junk Art ini adalah korang sebagai pemain kena sama-sama bina seni ikut misi yang korang dapat.

Tapi boleh jadi juga ada yang letak bentuk pelik-pelik sebab nak bagi orang lepas dia susah nak sambung bina. Masa tu terserlah la perangai masing-masing.

Jumlah pemain untuk Junk Art adalah antara 2 ke 6 orang.

Harga Junk Art di pasaran adalah RM215.20. 
Boleh dapatkan di Meeples

8. Dixit

Cara untuk bermain Dixit ini adalah seorang kena bagi klu kad yang pemain pilih, pemain lain pula bagi kad yang seakan-akan klu tu.

Lepas tu ramai-ramai kena undi mana satu kad sebenar. Kekejaman berlaku bila ada pakatan yang buat-buat tak faham klu supaya orang lain tak dapat mata.

Jumlah pemain untuk Dixit adalah antara 3 ke 6 orang.

Harga Dixit di pasaran adalah RM159. 
Boleh dapatkan di Shopee

9. Gonuts For Donuts

Cara untuk bermain Gonuts For Donuts ini adalah ramai-ramai kena berebut donut untuk kumpul mata.

Kalau tiba-tiba ada seorang tu baik hati nak kongsi donut dengan kita, JANGAN PERCAYA! Kan mak pesan jangan ambil barang dari orang tak kenal.

Jumlah pemain untuk Gonuts For Donuts adalah antara 2 ke 6 orang.

Harga Gonuts For Donuts di pasaran adalah RM80.19. 
Boleh dapatkan di shop4malaysia.com

Kalau nak tahu lebih banyak permainan papan yang boleh dicuba, korang boleh tengok dekat @mainapatu dan kongsi dengan kawan-kawan.

10. Sushi Go!

Cara untuk bermain Sushi Go! ini adalah ramai-ramai kena berebut sushi untuk kumpul mata. Memang takkan ada peluang la nak monopoli sejenis sushi saja. Mesti ada yang nak berebut juga. 

Jumlah pemain untuk Sushi Go! adalah antara 2 ke 5 orang.

Harga Sushi Go! di pasaran adalah RM89.10. 
Boleh dapatkan di Meeples

Apa tunggu lagi, jom ajak satu keluarga main semua board games ini. Mesti kecoh kan? :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: