seismik

PKPB Di Seremban, Negeri Sembilan Bermula 5 Hingga 18 November Ini

Meliputi sembilan mukim iaitu Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng.

Cover image via Bernama

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di daerah Seremban, Negeri Sembilan bermula Rabu ini hingga 18 November

Menurut sumber, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu dilakukan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) susulan berlaku peningkatan kes COVID-19 di daerah terbabit.

"Pelaksanaan PKPB ini meliputi sembilan mukim iaitu Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng.

"Prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun turut menggariskan beberapa SOP yang perlu dipatuhi oleh para penduduk yang terlibat di daerah Seremban

Berikut di bawah adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang dimuat naik di Facebook:

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Lot 1/7A, 1/7B dan 7/F Putra Point Nilai di negeri itu kekal seperti mana diumumkan sebelum ini

Mengulas mereka yang tinggal di Seremban namun berulang alik kerana bekerja di Putrajaya dan sekitar Lembah Klang, beliau meminta golongan itu mendapatkan surat kebenaran daripada polis untuk merentas negeri atau menunjukkan pas pekerja kepada di sekatan jalan raya.

Sebelum ini, kerajaan melaksanakan PKPB di Zon Nilai membabitkan 35 lokaliti dan PKPD di Putra Point bermula 28 Oktober lalu sehingga 10 November ini.

Ia bertujuan membendung jangkitan dan penularan COVID-19 serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: