seismik

PKR Saman Najib, Dakwa Belanja Lebih 26 Kali Ganda Untuk PRU13

Nurul Izzah mendakwa RM2.6 bilion yang digunakan Najib untuk PRU13 melanggar undang-undang.

Cover image via www.themalaysianinsider.com

Semalam, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menggunakan dana sebanyak RM2.6 billion untuk pilihan raya umum yang lalu

“Saman ini adalah tindakan lanjutan daripada pendedahan yang telah dilakukan oleh The Wall Street Journal (WSJ) berkenaan dengan wang RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib bagi kegunaan kempen pilihan raya umum ke-13 - dan terkini diakui sebagai 'wang derma'," kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah.

malaysiakini.com

Nurul Izzah menjelaskan, di bawah Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, jumlah yang dihadkan untuk calon parlimen adalah RM200,000 manakala calon DUN sebanyak RM100,000

Nurul Izzah berkata, pengakuan Najib bahawa RM2.6 bilion untuk dana pilihan raya ternyata melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya.

“Ternyata, RM2.6 bilion yang digunakan ini melebihi 26 kali ganda had yang dibenarkan seperti digariskan oleh undang-undang Malaysia,” kata Nurul Izzah.

freemalaysiatoday.com

Berdasarkan fakta-fakta tersebut, PKR mendakwa Najib jelas menggunakan taktik kotor bagi meraih kemenangan pada PRU13

“Jika Najib bersalah, ini jelas bukti transaksi korup berlaku dalam PRU13,” katanya.

freemalaysiatoday.com
Image via vulcanpost.com

PKR juga mahu keputusan PRU13 dibatalkan dan mengadakan semula pilihan raya umum yang baru

Image via mynewshub.cc

PKR antaranya menuntut kesemua keputusan di 222 kerusi parlimen dibatalkan sebelum sebuah pilihan raya umum yang baru diadakan.

Izzah juga berkata, PKR telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di seluruh negara berkenaan penggunaan dana itu.

Setakat ini, 11 laporan telah dibuat di pelbagai negeri antara 31 Julai dan 12 Ogos.

malaysiakini.com

Sementara itu, Ahli Majli Tertinggi UMNO Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membidas tindakan PKR dan menganggap keputusan memfailkan saman terhadap Najib adalah perbuatan bodoh

Beliau berkata parti pembangkang itu tidak faham undang-undang pilihan raya.

“Ini adalah satu perbuatan bodoh daripada PKR."

“Dia (Nurul Izzah) budak-budak, baru jadi ahli Parlimen dan tidak faham undang-undang,” katanya.

malaysiakini.com

Nazri meminta PKR membuktikan bahawa setiap calon PRU yang lepas membelanjakan lebih daripada RM200,000

Tegas Nazri, PKR dituntut membuktikan bahawa setiap calon pilihan raya lalu membelanjakan lebih RM200,000 seperti didakwa mereka.

“Jadi, apa salahnya kerajaan? Dan bolehkah dia (PKR) buktikan yang setiap calon belanja lebih daripada RM200,000?" kata Nazri.

malaysiakini.com

Nazri menegaskan had perbelanjaan pilihan raya hanyalah ketika berkempen. Selepas atau sebelum pilihan raya tiada had ditetapkan.

Nazri berkata, undang-undang mengehadkan belanja dalam pilihan raya hanya terpakai semasa waktu berkempen.

“Tetapi jika sebelum pilihan raya atau selepas pilihan raya kalau nak belanja RM10 juta pun biarlah,” katanya.

malaysiakini.com

Dalam pada itu, berita PKR saman Najib hangat diperdebatkan di laman sosial. Rata-rata netizen menyokong tindakan yang diambil PKR.

Manakala Nazri yang menganggap tindakan PKR sebagai bodoh turut dikecam hebat

Bukan Nazri seorang kena kecam di media social, Dr Wan Azizah turut kena kutuk "kaw-kaw" sebab makan nasi lemak dalam KTM. BACA SELANJUTNYA:

You may be interested in: