PlayStation Dikecam Ramai Lepas Umum Henti Jualan CD Game Fizikal Bermula Tahun 2028

Lepas ni dah tak boleh tukar-tukar game dengan member :')

Enlarge text
Cover ImageCover image via Wikipedia & ET

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Para pengguna meluahkan protes selepas Sony mengesahkan bahawa cakera fizikal untuk permainan video baharu tidak akan lagi dikeluarkan menjelang Januari 2028

Peralihan digital ini telah mencetuskan respons yang meluas, dengan komuniti pemeliharaan platform fizikal tersebut yang dipanggil DoesItPlay menganjurkan boikot #PSBlackout global dari 23 Ogos hingga 30 Ogos ini.

Sementara itu, lebih 350,000 peminat telah menandatangani petisyen meminta syarikat gergasi teknologi itu mempertimbangkan semula langkah tersebut, menurut Tom's Hardware.

Peralihan secara berperingkat memberi makna pemain akan kehilangan kelebihan untuk membeli CD terpakai dengan harga lebih berpatutan, atau berkongsi dengan kenalan.

CD terpakai adalah talian hayat bagi pemain yang mementingkan bajet. Contohnya, salinan fizikal terpakai The Last of Us Part I boleh didapati dengan harga serendah USD25 (RM102.39), manakala versi digital berharga USD69.99 (RM286.64) di PlayStation Store.

SAYS.com
Image via The Gamer

Walaupun terdapat kebimbangan daripada komuniti, Sony tetap komited terhadap keputusan itu

Pegawai eksekutif dan CFO Sony, Lin Tao, telah membincangkan perubahan tersebut semasa sesi soal jawab, mengakui keterikatan sentimental pemain terhadap media fizikal.

"Dalam hal ini, kami mengumumkan bahawa mulai Januari 2028 dan seterusnya, kami tidak akan lagi mengeluarkan cakera permainan," kata Tao.

Sony menjangkakan perubahan digital ini akan memberi impak perniagaan yang terhad kepada rakan kongsi runcit tradisional, memandangkan peralihan ini telah bermula sejak dahulu lagi.

"Mengenai peruncit, terdapat ciri-ciri serantau. Bagi setiap rakan kongsi serantau, kami cuba mengadakan dialog yang menyeluruh supaya kami dapat mencapai situasi positif untuk semua pihak," tambah Tao.

Mengutarakan tentang potensi kesan sampingan yang mungkin muncul, eksekutif komunikasi korporat Ishii menyatakan bahawa sebahagian besar jualan kandungan telah pun didigitalkan.

"Oleh itu, akibat daripada pemberhentian cakera, kami tidak melihat bahawa akan ada sebarang impak negatif terhadap perniagaan kami," kata Ishii.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: