seismik

PNB Umum Dividen ASB 5.10 Sen Seunit Termasuk Bonus Tambahan Untuk Tahun 2022

Agihan pendapatan itu adalah sebanyak 3.35 sen seunit, bonus 1.25 sen seunit dan bonus tambahan 0.5 sen seunit.

Cover image via Amanah Saham Nasional Berhad (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu juga mengumumkan bonus tambahan 0.5 sen seunit bagi 30,000 unit pertama yang dipegang oleh pemegang unit ASB.

Sebagai rekod pada 2021, pengagihan pendapatan ASB adalah 5.0 sen seunit, merangkumi agihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.75 sen seunit.

Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 hingga 31 Disember 2022.

Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Januari 2023, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 3 Januari 2023.

INFO:
Dividen ASB 2010-2022

2022: 4.60 + 0.50

2021: 4.25 + 0.75

2020: 4.25 + 0.75

2019: 5.00 + 0.50

2018: 6.50 + 0.50

2017: 7.00 + 1.25

2016: 6.75 + 0.50

2015: 7.25 + 0.50

2014: 7.50 + 1.00

2013: 7.70 + 1.00

2012: 7.75 + 1.15

2011: 7.65 + 1.15

2010: 7.50 + 1.25

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: