seismik

[VIDEO] Polis Arab Saudi Berjaya Halang Cubaan Membakar Kaabah

Kejadian berlaku pada Isnin lalu, kira-kira jam 11.11 malam waktu tempatan

Cover image via SAYS

Syabas diucapkan kepada anggota polis Arab Saudi kerana berjaya menumpaskan tindakan seorang suspek yang cuba untuk membakar Kaabah di Kota Mekah awal minggu ini

Image via olymp39.ru

Berita itu dilaporkan oleh akhbar dalam talian Sabq pada Selasa menurut agensi berita China Xinhua.

Menurut seorang saksi kejadian, beliau melihat seorang lelaki menyiram gasolin ke atas kain yang menutup Kaabah dan segera memaklumkannya kepada polis bertugas di masjid berkenaan.

Lelaki itu kemudiannya berjaya ditahan.

Setakat ini, tiada sebarang maklumat rasmi dikeluarkan berhubung insiden tersebut. Namun, menerusi laporan akhbar mengesahkan kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.11 malam waktu tempatan pada Isnin.

Bagaimanapun, motif tindakan suspek itu masih tidak dapat dipastikan dan akhir-akhir ini tempat suci sering menjadi sasaran kumpulan militan Daesh.

Pada Mei 2016 lalu, polis Arab Saudi berjaya menghalang malapetaka lebih besar daripada berlaku apabila seorang pengebom bunuh diri cuba memasuki masjid Nabi di Madinah, menyebabkan penyerang dan empat anggota polis terbunuh manakala lima lagi cedera.

Sumber: Sinar Online

Saksikan video penangkapan tersebut di bawah:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment