seismik

Tahukah Anda, Ada 14 Hero Malaysia Di Sebalik Struktur Binaan Menara Jam Mekah

Memang terbaik!

Cover image via Amera Sabrena Ahmad Sobri/Facebook

Beberapa hari lalu, viral di laman Facebook apabila seorang pengguna laman sosial itu mendedahkan sekumpulan rakyat Malaysia yang merupakan hero sebenar di sebalik pembinaan struktur menara jam di Mekah

Post tersebut telah dibuat oleh Amera Sabrena Ahmad Sobri pada 18 Mei lalu dan nampaknya menerima respon positif daripada netizen yang rata-rata berbangga dengan sekumpulan rakyat Malaysia tersebut.

Menurut Sabrena, kedatangan Ramadan bulan hadapan genap 6 tahun penghijrahan mereka satu kumpulan berkhidmat di Mekah Al-Mukarramah

Istimewa kedatangan Ramadan bulan hadapan genap 6 tahun penghijrahan mereka satu kumpulan kerja rakyat Malaysia dibawah syarikat yang sama ke Tanah Suci Mekah. Sepanjang khidmat mencurah jasa dan keringat ini juga mereka meninggalkan isteri, anak dan ahli keluarga tercinta di Malaysia.

facebook.com

Kumpulan ini adalah tunjang utama mempertaruh nyawa menggalas tugas bagi pemasangan komponen dan struktur bahan binaan Menara Jam Diraja Abraj Al Bait

Sedikit pengenalan umum buat semua mengenali disebalik tabir bukan sahaja bagi projek Mataf Sementara (Temporary Mataf), malah mereka adalah tunjang utama mempertaruh nyawa menggalas tugas bagi pemasangan komponen dan struktur bahan binaan Menara Jam Diraja Abraj Al Bait. Wargakerja yang terlibat bukan sekadar panjat-panjat biasa ya, lebih 10 tahun pengalaman & diiktiraf International Climber.

facebook.com

Bertugas & beribadah menghadap Kaabah.

Image via Amera Sabrena Ahmad Sobri/Facebook

Pemandangan kawasan Masjidil Haram pada waktu malam.

Image via Amera Sabrena Ahmad Sobri/Facebook

Jadi siapakah mereka ini? Mari kami perkenalkan.

1. Haji Hairul Nizam, Melaka - Pengurus Tapak Projek

2. Haji Armiazizul Arifin, Melaka - Senior Supervisor / Professional Climber

3. Haji Zulkefli Sulaiman, Melaka - Senior Supervisor / Professional Climber

4. Haji Mohd Najib Ahmad, Melaka - Supervisor / Professional Climber

5. Haji Armiazizuddin Arifin, Melaka - Supervisor / Profesional Climber

6. Haji Mohd Zaidi Abu Shah, Melaka - Supervisor / Professional Climber

7. Haji Hashim Ripin, Melaka - Supervisor / Professional Climber

8. Haji Mohamed Norhisam Hashim, Melaka - Supervisor / Professional Climber

9. Haji Ramli Sehad, Melaka - Supervisor / Professional Climber

10. Haji Mohd Anuar Abu, Melaka - Supervisor / Professional Climber

11. Haji Muliana Ahmad, Melaka - Supervisor / Professional Climber

12. Haji Sabri Jaka, Kelantan - Supervisor / Professional Climber

13. Haji Mohd Hamka, Selangor - Supervisor

14. Haji Mohd Airhan Rasullan - Supervisor

Haji Armiazizul, 16 tahun pengalaman sebagai seorang climber sedang menjalankan tugas

Mereka mempertaruh nyawa pada ketinggian 601 meter demi menggalas tugas dan tanggungjawab

Aspek keselamatan amat dititikberatkan. Inilah kepakaran dan ketelitian sebagai seorang climber

Haji Mohd Najib sewaktu operasi pemasangan komponen jam

Walaupun jauh bekerja, mereka masih tidak melupakan tanah air tercinta

Malaysia Tanah Kelahiranku!

Image via Amera Sabrena Ahmad Sobri/Facebook

Sewaktu operasi pemasangan komponen Menara Jam Abraj Al Bait

Buat pengetahuan anda, mereka terlibat dalam tiga projek mega di Mekah. Pertama adalah projek Menara Jam Abraj Al Bait pada tahun 2010 sehingga 2013

Projek kedua adalah Mataf sementara yang siap dibina pada September 2013 dan operasi membuka semula struktur binaan siap sepenuhnya pada 29 April 2016 (24 hari, 24 jam waktu bekerja)

Dan kini projek ketiga adalah projek pemasangan crescent pada Dome Shamia Expansions

Bertugas menghadap Kaabah. Satu pengalaman luar biasa MashaAllah

Moga-moga usaha dan pengorbanan mereka ini mendapat rahmat dan berkat daripada Allah s.w.t. In shaa Allah. =)

Semoga usaha dan pengorbanan mereka ini mendapat rahmat dan ganjaran Allah di Akhirat, dibawah lindungan dan rahmat Allah, walaupun mungkin tidak dipandang di mata manusia. Jika terlihat kelibat mereka yang biasanya take a break dekat Restoran Malaysia DSaji, Aras 2 Safwa Tower yang dibuka 24 jam (bagi yang merindui teh tarik & roti canai kunjungi lah Dsaji) tegur dan selfie lah ya, semuanya ramah belaka! Kita kan 1 Malaysia!

facebook.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lebih banyak kisah mengenai Mekah di sini:

You may be interested in: