Hot FM Cipta Sejarah Bersiaran Langsung Dari Bangunan Tertinggi Negara Di Merdeka 118

Misi luar biasa itu turut menerima pengiktirafan rasmi daripada Asia Records dan ASEAN Records.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Hot FM

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hot FM sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi stesen radio pertama di Malaysia melakukan siaran luar secara langsung dari bangunan tertinggi negara, Merdeka 118 menerusi kempen istimewa #BekpesHotTaklukMerdeka118

Siaran langsung dikendalikan penyampai Bekpes Hot iaitu Khairy Jamaluddin atau KJ , Fara Fauzana, AG dan Johan bermula jam 7 hingga 10 pagi.

Misi luar biasa itu sekali gus menerima pengiktirafan rasmi daripada Asia Records dan ASEAN Records menerusi kategori 'Highest Continuous Live Radio Broadcast from the World's Second Tallest Building'.

Menerusi misi itu, pendengar dibawa mengikuti perjalanan Bekpes Hot menawan aras tertinggi Merdeka 118 bermula dari Level 118 ke Level 119 sebelum menuju ke The Spire pada ketinggian 566 meter dari aras tanah.

Cabaran berkenaan disifatkan simbolik kepada keberanian, semangat dan kesungguhan Hot FM untuk terus berada di puncak industri penyiaran radio tempatan.

SAYS.com

Johan, KJ, Fara Fauzana dan AG mencipta sejarah apabila bersiaran secara langsung dari bangunan tertinggi negara.

Image via Eizairi Shamsudin/NSTP

Hot FM sebagai stesen radio sentiasa tampil dengan idea kreatif dan menyahut cabaran baharu

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran, berkata #BekpesHotTaklukMerdeka118 adalah kesinambungan kepada pelbagai misi ekstrem yang pernah dilaksanakan stesen radio itu sebelum ini.

Nazri berkata, antara cabaran terdahulu termasuk siaran langsung dari dalam ETS, pendakian Gunung Kinabalu, siaran bawah laut serta kayuhan sejauh 420 kilometer dari Alor Setar ke Shah Alam.

"Misi kali ini kami bersiaran langsung dari Merdeka 118, bangunan tertinggi di Malaysia. Sebelum ini kami pernah menyelam, menaiki kereta api paling panjang dan mendaki Gunung Kinabalu.

"Apabila mendapat kerjasama daripada PNB Merdeka Ventures, kami mahu menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Alhamdulillah, cabaran ini berjaya dilaksanakan,"
katanya.

Menurut Nazri, menjadi tanggungjawab Hot FM sebagai stesen radio untuk sentiasa tampil dengan idea kreatif dan menyahut cabaran baharu.

SAYS.com

Penyampai radio Hot FM menerima ASEAN Book Of Record "Highest Cintinuous Live Radio Broadcast from the World's Second Tallest Building, Merdeka 118 sempena Program Bekpes Hot Takluk Merdeka 118.

Image via Eizairi Shamsudin/NSTP

Jelas Nazri lagi, kempen berkenaan membuktikan komitmen Hot FM dalam menghasilkan kandungan kreatif dan inovatif yang dekat dengan rakyat Malaysia.

Sepanjang misi berlangsung, pendengar turut dibawa menyaksikan pelbagai detik mendebarkan bersama barisan penyampai Bekpes Hot yang bersiaran secara langsung dari lokasi berbeza di puncak bangunan ikonik itu.

Katanya, kempen berkenaan juga menjadi simbol bahawa Hot FM bukan sekadar stesen radio, sebaliknya sebuah jenama hiburan yang sentiasa mencipta pengalaman luar biasa buat pendengar.

Untuk rekod, Hot FM boleh didengarkan menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 88.6FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via