Legasi Keluarga Ghazali Terus Bersinar, Mia Rangkul Emas Muay Thai SUKMA 2026

Koleksi emas keluarga Ghazali di pentas SUKMA kini lengkap menerusi Mia Ghazali.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Koleksi emas keluarga Ghazali di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) kini lengkap apabila Emylia 'Mia' Ghazali meneruskan tradisi keluarganya dengan menjuarai acara muay thai wanita kategori 42-45 kilogram (kg) di SUKMA Selangor 2026

SAYS.com
Image via YB Karim Hamzah (Facebook)

Menurut laporan Harian Metro, Mia memastikan pingat emas menjadi milik kontinjen Sarawak selepas menewaskan wakil Johor, Damia Husna Azian, menerusi kemenangan tipis 34-33 dalam pertarungan sengit yang hanya dipisahkan satu mata.

Pertarungan tersebut berlangsung dramatik apabila kedua-dua atlet saling berbalas serangan hingga ke penghujung aksi, sebelum Mia kekal tenang untuk mempertahankan kelebihan mata sehingga keputusan kemenangan disahkan.

Kejayaan emosi itu melengkapkan rentetan emas keluarga Ghazali di pentas SUKMA, selepas Elias Ghazali dan Johan 'Jojo' Ghazali masing-masing merangkul emas pada edisi 2022, diikuti Miki Ghazali pada edisi 2024.

SAYS.com
Image via Muaythai Malaysia (Facebook)

Koleksi emas keluarga Ghazali kini lengkap menerusi kejayaan Mia di SUKMA 2026

Mia kini menjadi anggota keluarga terakhir yang melengkapkan pencapaian gemilang itu selepas menghadiahkan emas pada edisi 2026, sekali gus menyaksikan keempat-empat beradik berkenaan kini masing-masing mempunyai koleksi emas SUKMA dalam arena muay thai.

Lebih manis, perjalanan Mia di SUKMA kali ini mendapat sokongan secara langsung daripada dua abangnya, Jojo dan Miki, yang bertindak sebagai cornerman sepanjang pertarungannya.

Sokongan padu tersebut nyata memberi dorongan besar buat Mia untuk mengekalkan fokus dalam detik-detik kritikal bagi mengatasi tentangan Damia, sekali gus memastikan legasi emas keluarga Ghazali terus bersinar di pentas SUKMA.

SAYS.com
Image via Majlis Sukan Negeri Sarawak (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via