Mahkamah Putuskan Talak Jatuh, Rumah Tangga Aslam & Marissa Kini Berakhir Dengan Penceraian
Difahamkan, hakim memutuskan talak telah jatuh dan perkahwinan pasangan itu terbubar mengikut hukum syarak.
Cover image via Harian MetroFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perkahwinan pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam dan Marissa Dania disahkan berakhir selepas Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Selasa memutuskan lafaz talak yang dibuat adalah sah
Menurut laporan Berita Harian, keputusan tersebut sekali gus mengesahkan bahawa kedua-duanya kini tidak lagi bergelar suami isteri selepas mahkamah membenarkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang difailkan sebelum ini.
Peguam syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser berkata, hakim memutuskan talak telah jatuh dan perkahwinan pasangan itu terbubar mengikut hukum syarak.
"Hari ini kita boleh katakan hakim memutuskan terjatuhlah talak. Sekiranya mereka ingin kembali bersama sebagai pasangan suami isteri, mereka perlu melalui akad nikah yang baharu," katanya.
Keputusan berkenaan dibuat oleh Hakim Syarie, Nadiah Khamis selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kelibat Aslam dan Marissa turut mencuri perhatian apabila kedua-duanya hadir secara berasingan ke mahkamah bagi mengikuti prosiding tersebut
Pada 10 Mac lalu, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah sama.
Sebelum ini, pada Mei tahun lalu, pasangan berkenaan turut hadir ke mahkamah bagi proses pengesahan pernikahan mereka selepas dilaporkan bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Dengan keputusan terbaharu itu, sebarang hasrat untuk kembali bersama sebagai suami isteri memerlukan akad nikah baharu sebagaimana ditetapkan oleh mahkamah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


