Orang Makkah & Eropah Kini Boleh Merasa Nasi Berlauk Kelantan, Jenama Kak Chik Tembus Pasaran Global

Mereka sedang mempertimbangkan penggunaan perkhidmatan ECRL (Laluan Rel Pantai Timur).

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bermula dengan pasaran tempatan kini menempa nama di pasaran global

Menerusi laporan Berita Harian, sebelum ini, 3,000 hingga 4,000 bungkus Nasi Berlauk Kak Chik diangkut harian melalui van ke Kuala Lumpur dan Selangor untuk sarapan dan makan tengah hari.

Kini, perniagaan pasangan Che Halimah Che Ahmad (68) dan Mat Salleh Awang Teh (75) ini telah menembusi pasaran global termasuk Makkah dan Eropah. Lonjakan ini dicapai dengan memperkenalkan kaedah pensterilan (retort), yang membolehkan sajian disimpan sehingga dua tahun.

Selain itu, mereka sedang mempertimbangkan penggunaan perkhidmatan ECRL (Laluan Rel Pantai Timur). Kaedah ini berpotensi memendekkan tempoh penghantaran ke Lembah Klang kepada hanya empat jam, jika caj dan jadual perjalanan yang ditawarkan berpatutan.

"Alhamdulillah setiap hari pada jam 10 malam, dua hingga tiga van mengambil nasi di kedai dan mereka bergerak sekitar jam 12 tengah malam ke Kuala Lumpur sebelum tiba jam 6 hingga 7 pagi."

"Nasi sampai dalam keadaan masih elok dan boleh dinikmati sehingga petang."

"Setakat ini, kita menggunakan pengangkutan van kerana ia diuruskan orang tengah.

"Mungkin dengan adanya perkhidmatan ECRL selepas ini, nasi berlauk kami akan naik tren juga memandangkan masanya lebih jimat, namun bergantung kepada caj dan jadual perjalanan nanti," katanya.

SAYS.com
Image via NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Idea guna kaedah retort timbul selepas lihat ramai yang sibuk bekerja sehingga tidak sempat memasak

Che Halimah menjelaskan bahawa idea untuk memperkenalkan kaedah pensterilan (retort) ini timbul beberapa bulan yang lalu, didorong oleh pemerhatian beliau terhadap gaya hidup moden.

Dia menyedari bahawa ramai individu yang sibuk dengan kerjaya masing-masing sering menghadapi kekangan masa untuk menyediakan makanan di rumah.

Sebagai ibu kepada empat cahaya mata, dia juga peka terhadap isu yang dihadapi oleh pelancong Muslim.

SAYS.com
Image via Nasi Berlauk KakChik Kg.Berangan Tumpat Kelantan (Facebook)

Dia mendengar keluhan ramai pihak mengenai kesukaran memilih makanan halal yang mudah dibawa ketika melancong ke luar negara. Justeru, dia mengambil inisiatif memperkenalkan menu Nasi Berlauk menggunakan kaedah retort sebagai jalan penyelesaian.

"Sepanjang tempoh dua bulan ini menu diperkenalkan itu sudah sampai ke beberapa negara Eropah dan Makkah.

"Alhamdulillah, sambutan diterima amat menggalakkan, namun pada masa sama masih ramai tidak tahu produk terbaharu saya ini.

"Selepas ini mereka mahu ke negara mana sekali pun masih boleh menikmati nasi berlauk kami.

"Ia boleh dimakan begitu sahaja dan jika mahu nikmati hidangan panas hanya perlu rendam produk dalam air panas.

"Alhamdulillah dengan mengekalkan resipi yang sama menyebabkan permintaan terhadap Nasi Berlauk Kak Chik berterusan sehingga kini.

"Nasi berlauk ini dijual di kedai RM4 hingga RM4.50 dan kami tetap mengekalkan harga walaupun santan semakin mahal," katanya lagi yang kini mempunyai 70 orang pekerja.

SAYS.com
Image via UTUSAN/ROHANA ISMAIL

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: