x

seismik

Semuanya Di Hujung Jari, 'myundi' Sedia Update Berita & Laporan Terkini Pilihan Raya

Jangan lupa mengundi untuk pilihan raya nanti!

Cover image via SAYS Seismik & myundi

Umum sedia maklum, tarikh mengundi untuk Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN Sabah) jatuh pada 26 September 2020

Dalam kesibukan menanti PRN Sabah, pastinya anda ingin tahu update terkini pilihan raya ini contohnya berapa kerusi yang bakal bertanding, berita terkini, parti mana yang dapat undian terbanyak dan macam-macam lagi.

Antara tarikh penting bagi pilihan raya negeri Sabah adalah: 

  • 12 September 2020 - Hari Penamaan Calon
  • 22 September 2020 - Hari Pengundian Awal
  • 26 September 2020 - Hari Mengundi 
Tapi kat mana nak dapat semua update terkini dan informasi tentang PRN Sabah ini?

Semuanya ada dalam myundi iaitu portal sehenti perkembangan pilihan raya

Image via myundi

myundi adalah portal berita yang melaporkan segalanya tentang pilihan raya termasuklah berita, video dan macam-macam lagi.

Kalau anda nak tahu, ia adalah inisiatif Kumpulan Media Digital Nombor 1 Malaysia, REV Media Group di mana telah dilancarkan sebelum ini pada tahun 2018 ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Untuk tahun 2020 ini, portal myundi kini tampil dengan identiti, konsep dan reka bentuk grafik yang baru selari dengan penambahbaikan keberadaan perniagaan secara dalam talian dan kegunaan web.

Melalui myundi juga, anda juga masih boleh mencari kisah-kisah terkini pilihan raya, tajuk utama, video, dan lebih banyak perihal berkaitan calon, undian, kempen dan sebagainya sama seperti sebelum ini.

Bukan hanya sekadar berita, myundi juga ada live update!

Orang ramai boleh menggunakan myundi sepenuhnya dengan ciri-ciri baru yang lebih moden, optimum dan lebih responsif.

Segala maklumat dan informasi terdapat dalam myundi boleh dipercayai (memaparkan laporan berita terkini dari akhbar-akhbar terkemuka tempatan; Harian Metro, Berita Harian dan News Straits Times begitu juga laporan dan analisa dari TV3, ntv7, 8TV, dan TV9) dan diukur (keputusan undian mengikut masa sebenar).

Selain itu, myundi juga memberi akses kepada siaran langsung 24 jam di samping akses bagi melihat profil calon yang bertanding.

Secara kesimpulannya, portal myundi merupakan direktori sehenti di mana orang ramai boleh mendapatkan berita, video, infografik yang interaktif dan banyak lagi perihal berkaitan pilihan raya.

Portal berita myundi kini boleh diakses melalui komputer, telefon pintar dan tablet di www.myundi.com.my​ di seluruh dunia

Image via myundi

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel berkaitan dan menarik hanya di SAYS Seismik: