Kini Anda Boleh Daftar Mengundi Secara Online, Ikuti 3 Langkah Mudah Ini Dengan MySPR
Sila daftar online jika anda malas pergi ke pejabat pos.
Masih belum daftar untuk mengundi? Anda kini boleh melakukannya hanya melalui online dengan MySPR Daftar
MySPR Daftar pertama kali diperkenalkan pada bulan Julai 2019.
Sekiranya anda adalah seorang warganegara Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 21 tahun yang kini tinggal bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan dan tidak dihalang atau hilang kelayakan oleh undang-undang. Anda layak untuk daftar sebagai pemilih.
Pertama sekali, anda perlu membuat permohonan melalui MySPR Daftar
Anda boleh mengakses laman web di sini dan anda diminta untuk menghantar beberapa butiran termasuk:
- Nama dan alamat penuh anda berdasarkan MyKad anda
- Nombor telefon bimbit yang sah
- Alamat e-mel yang sah
- Gambar depan MyKad anda
- Swafoto dengan MyKad anda
Anda kemudian akan menerima e-mel pengesahan daripada SPR
Permohonan anda akan diproses dalam beberapa hari dan jika berjaya, anda akan menerima e-mel pengaktifan bersama dengan pengesahan TAC.
Anda kemudian boleh kembali ke laman web, log masuk, dan mengemas kini maklumat lain seperti info lebih terperinci seperti saksi, diikuti dengan pengesahan TAC yang lain.
Mudah bukan?
Sekiranya anda mempunyai masalah semasa mendaftar, anda boleh saja hubungi pejabat SPR dan mereka akan menghubungi anda dengan segera.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia di sini.